Tuesday, March 25, 2008

UMNO Pembela Melayu dulu, kini dan selamanya ...

Betulkah Umno memperjuangkan DEB?
Ustaz Idris Ahmad
Tue | Mar 18, 08 | 5:02:24 pm MYT

Apabila lima negeri BN kalah pemimpin Umno sudah gelabah macam gila talak. Kalau Wilayah Persekutuan ada Dewan Undangan Negeri bermakna BN terpaksa angkat tikar bantal sebanyak enam negeri. Kita melihat bagaimana telatah pemimpin Umno dan beberapa artikel dalam akhbar penyambung fitnah telah mengatakan bahawa kekalahan Umno-BN bermakna meruntuhkan ketuanan Melayu. Agenda untuk mengangkat taraf hidup orang melayu akan berkubur kerana Umno sudah tewas. DEB akan hancur.

Saya tertanya-tanya bilakah Umno berjuang untuk membasmikan kemiskinan? Yang saya tahu tahu Umno menjadikan miskin dan kejahilan rakyat sebagai senjata untuk terus berkuasa.

Pemimpin Umno fikir mereka ada media yang diketuai oleh anak Maidin dapat menipu rakyat. Anggapan ini silap. Sekarang bukan pengundi 70-an yang boleh diulit dengan dakyah pembohongan. Banyak penulis membayangkan bahawa blog dan internet telah berjaya memberi padangan kedua kepada pengundi di negara ini. Rakyat sudah meloya dengan laporan televisyen yang terlampau mengampu, akhirnya senjata makan tuan. Barisan pembangkang telah berjaya menanamkan keyakinan kepada rakyat tentang pembohongan media.

Apa yang paling menarik sekali selepas pilihan raya maka pemimpin Umno yang menggunakan taktik lama dengan isu perkauman untuk menarik undi di kalangan orang Melayu. Malah ada seorang tokoh veteran Umno Melaka, Tan Sri Aziz Tapa mengatakan bahawa siapa yang tidak memangkah Umno tidak ada semangat kebangsaan. Inilah otak pemimpin Melayu saluran 1, biarlah kita serah kepada Allah SWT yang menentukan segalanya.

Pemimpin Umno-BN telah menjadikan strategi untuk menjadikan miskin sebagai satu cek kosong yang akan diguna pada bila-bila masa terutama setiap kali pilihan raya. Di Kawasan Jerlun terdapat dua penempatan kampung nelayan iaitu Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang yang diduduki hampir 100 tahun tanah yang tidak bergeran. Mereka ini adalah pengundi setia Umno yang tidak berubah walaupun tsunami melanda. Sedangkan kawasan ini diwakili oleh tiga orang exco kerajaan negeri Kedah. Orang miskin inilah yang menjadi stok simpanan untuk Umno kalahkan pembangkang dalam setiap kali pilihan raya.

Begitu juga yang berlaku di Terengganu, kenapa Umno memerintah Terengganu yang hasil royalti minyak mencecah sampai RM7 bilion. Tetapi masih gagal mengatasi masalah kemiskinan di Terengganu. Sedangkan sewaktu PAS memerintah daripada tahun 1999 hingga 2004 berjaya menurun kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada tangga keempat walaupun royalti minyak dirampas oleh kerajaan Pusat. Selepas Umno menang 2004 kadar kemiskinan di Terengganu telah meningkat nombor dua selepas Sabah. Sehingga ada rakyat Terengganu meminta sedekah di depan tokong Cina untuk minta sedekah seperti yang dilaporkan dalam akhbar Metro. Kelantan yang diperintah oleh PAS berada di tangga keenam.

Bukankah Umno sendiri yang membunuh DEB ketika melaksanakan Wilayah pembangunan Iskandar. Kenyataan pemimpin Umno dan Tan Sri Musa Hitam mengatakan bahawa ketepikan DEB dalam membangunkan WPI. Kenapa tidak ada siri demonstrasi membantah kenyataan pemimpin Umno.

Sebenarnya pemimpin Umno bersifat hipokrit sahaja dalam apa sahaja dasar yang mereka perkenalkan. Mereka bukan ikhlas tetapi hendak menipu dan umpan politik sahaja. Dasar dan amalan yang mereka perkenalkan kepada rakyat hanyalah lipstik untuk melindung agenda perut dan tembolok masing-masing.

Sama juga dasar penerapan nilai Islam yang diperkenalkan pada tahun 1981 dahulu hanya untuk sekat kebagkitan Islam supaya orang tidak sokong PAS. Begitu juga dengan Islam Hadhari hanya hendak tipu golongan agama supaya bersekongkol dengan kezaliman Umno-BN. Demikian juga dasar DEB yang diperkenalkan bukannya mereka ikhlas untuk menjayakan. Kalau betul mereka ikhlas sudah tentu ia sudah berjaya. Sejak dilaksanakan pada tahun 1971 dan tamat 1990 untuk mencapai ekuiti bumiputera 30% malangnya apabila tamat pada tahun 1990 ia hanya mencapai 18%. Lebih malang lagi ekuiti Bumiputera menurun lagi kepada 15% pada tahun 2000.

Siapa yang memerintah negara selama ini. Mandat yang besar diperolehi setiap kali pilihan raya, pemimpin Umno-BN telah khianat. Setelah rakyat ajar dalam pilihan raya ke-12 baru rasa bengkak kepala dan terjaga daripada tidur. Kenapa sekarang baru hendak lihat Melayu Pulau Pinang perlu dibela? Siapa yang jadi broker tanah di sebelah Balik Pulau bertukar tangan kepada orang lain?

Saya tidak harian kalau Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyebut bahawa beliau hendak ketepikan DEB dan akan membantu semua kaum yang patut dibela. Kalau Lim Guan Eng bersetuju dengan DEB maka lebih baik dia bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya yang lalu. Tetapi menjadi kehairanan apabila pemimpin Umno yang berselindung di sebalik DEB merampas hak Melayu dan orang susah melalui projek yang diberikan kepada mereka. Bukankah banyak kontrak diberikan selama ini kepada mereka yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno dan kemudian mereka mengalibabakan kepada orang lain. Ini sudah menjadi rahsia umum.

Sebelum pemimpin Umno merapu dan melalut maka terlebih dahulu tolong jawab perkara-perkara berikut yang sepatutnya diselesaikan oleh pemimpin Umno yang kononnya memperjuangkan Dasar Ekonomi Baru.

1. Kenapa setelah 50 tahun Umno berkuasa gagal membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu, sedangkan Perdana Menteri dan menteri Kabinet majoriti adalah orang Umno. Begitu juga dengan Menteri Besarnya adalah orang Umno.

2. Sejak Rancangan Malaysia Pertama sampai kesembilan kerajaan telah membelanja wang rakyat sebanyak RM1.2 trilion tetapi orang Melayu masih miskin. Ke manakah projek DEB untuk membasmi kemiskinan.

3. Kenapa kadar kemiskinan di kalangan bumiputera Melayu masih tinggi berbanding dengan bangsa lain. Menurut Dato' Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi orang Melayu miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau Umno, DAP atau Umno, PKR atau Umno?

4. Bukankan wang PPRT sebanyak RM32 juta yang sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin telah disonglap dan diberi kepada seorang Dato' yang bukan Melayu untuk tanam bunga orkid dan pelihara ikan. Orang miskin gigit jari dan gigit lidi. Pemimpin Umno yang diamanahkan wang PPRT bebas ke sana kemari. Macam mana orang Melayu hendak boleh berdikari kalau pemimpin sendiri pun jadi pencuri, maka orang Melayu miskin kurus macam ular lidi.

5.Apakah ini dasar DEB yang beri komisyen RM530 juta kepada seorang Melayu, Razak Baginda untuk beli kapal selam Scorpene. Cuba bayangkan kalau wang sebanyak ini dibuat rumah kepada rakayat yang tidak bertanah yang berharga RM30,000. Maka seramai 17,666 buah rumah dapat diberi secara percuma. Sekurang-kurangnya orang di Pekan Pahang tidak ada lagi yang duduk dalam pondok buruk yang tidak layak berada di kawasan Timbalan Perdana Menteri.

6. Apakah dasar DEB yang membolehkan satu ketika dahulu Khairy Jamaludin yang mampu beli saham ECM Libra yang bernila RM9.2 juta. Daripada mana beliau dapat wang sebanyak itu. Apakah bapa dia salah seorang hartawan. Kita tidak pernah dengar bapanya seorang yang tersenarai sebagai orang yang kaya sebaris dengan Ananda Krishnan, Syed Mokhtar Bukhari. Kalau beliau bekerja selama 10 tahun dengan gaji sebulan RM10,000 sebulan, Khairy baru dapat simpan wang sebanyak RM1.2 juta. Itupun beliau simpan tak makan dan tidak minum, hanya makan rumput dan batu sahaja. Kesemua ini adalah lambang penyelewengan dalam DEB

7. Kemana pergi tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin Umno. Tahun 1985 sahaja tanah rizab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. Sekarang berapa lagi tinggal?

8. Siapakah yang menghalau orang Melayu di Kampung Berembang, adakah ini kerja DAP. Sedangkan mereka yang berada di Kampung Berembang adalah penyokong tegar Umno. Mungkin doa orang yang kena zalim tidak ada hijab maka Khir Toyo merundum daripada takhta.

9.Adakah Patrick Lim yang menjadi penggerak DEB di Terengganu sehingga Terengganu sekarang berjaya meningkat taraf hidup orang Melayu yang tidak ada lagi yang miskin. Adakah ini manusia yang Umno bercakap hendak memperjuangkan orang Melayu dan marah kepada mereka yang hendak mengkritik DEB.

10. Siapakah yang merampas tanah yang diberi oleh kerajaan PAS di Terengganu sebanyak 65156 lot kepada rakyat tanpa mengira kaum. Kebanyakan adalah orang Melayu. Bukankah dengan cara pemberian tanah salah satu daripada usaha kerajaan PAS Terengganu untuk membasmi kemiskinan yang bertepatan dengan DEB, tetapi dikhianati oleh pemimpin Umno yang kononya memperjuangkan DEB. Sekarang musibah sedang menimpa kepada Dato' Seri Idris Jusuh. Makbul doa orang yang dizalimi

11. Kalau benar Umno mendakwa mereka tunggk DEB kenapa Umno tidak bela oranag Melayu di negeri Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Kenapa asyik berulang alik ke Kelantan untuk merampas negeri yang dikuasai oleh PAS. Apa dosa pemimpin PAS yang sebangsa dengan pemimpin Umno yang telah berjaya meletakkan Kelantan sebagai negeri contoh kejayaan orang melayu di Negara ini.

Sebenarnya apa yang berlaku Umno mengkhinat DEB dan hanya menjadi senjata untuk menarik kembali sokongan apabila sudah kalah. Manakala PAS pula perjuangannya yang konsisten telah melaksanakan apa yang di kehendaki dalam DEB. - lanh

Boikot gagal : Pertemuan MB Perak dengan ketua kampung berjalan lancar.


Oleh cina-islam

IPOH 25 Mac - Kenyataan akhbar oleh Pertubuhan Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) yang dikatakan akan memboikot semua program anjuran kerajaan negeri yang ditubuhkan hasil gabungan Barisan Rakyat (BR) ternyata gagal. Kehadiran sebahagian besar ketua-ketua kampung sekaligus menafikan kenyataan Ahli Exco PKKNP, Kassim Mohd. Said yang berkata kononnya ketetapan diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut yang diadakan petang sabtu lepas dan dipersetujui oleh 776 orang ahli dari sembilan daerah bagi memboikot program kerajaan negeri.

Pihak yang "tidak waras"- (pinjam dari utusan online) tersebut turut mengarahkan semua ahlinya supaya memboikot majlis perjumpaan dengan Menteri Besar yang baru kelmarin .

Pada pertemuan sulung tersebut ditegaskan kerajaan negeri akan memberi hak kepada rakyat untuk memilih ketua kampung masing-masing bagi memastikan pelantikan jawatan itu dilaksanakan secara telus. Menteri Besar Perak, Ir. Mohmammad Nizar Jamaluddin berkata, rakyat di sesebuah kawasan lebih berhak memilih kerana mengenali dan memahami calon yang dirasakan sesuai menjadi ketua.

''Bagaimanapun, kita tidak akan sewenang-wenangnya melucutkan jawatan ketua kampung sedia ada kerana tempoh perkhidmatan mereka sah sehingga 31 Disember ini.''Mekanisme pelantikan ketua kampung yang baru dengan menggunakan kaedah undian ini hanya bermula tahun depan dan sekarang ini tidak ada langsung paksaan supaya ketua kampung meletak jawatan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Ketua-Ketua Kampung Perak di sini hari ini. Mohammad Nizar yang turut mengadakan sesi dialog dengan ketua-ketua kampung itu berkata, kerajaan negeri juga menyeru agar rakyat tidak berdendam sesama sendiri kerana ia dilarang agama dan adat ketimuran.

http://idhamlim.blogspot.com

Monday, March 24, 2008

Proud Of You

Kumutha a/p Rahman, 29, (memegang bendera Malaysia) pemegang Ijazah Undang-undang dari Britain bertanding di DUN Tiram dalam ceramahnya menyatakan beliau memilih PAS kerana yakin kepada kepimpinan ulamak, seorang "apek yang pakai seluar katok" tidak dapat lagi membendung semangatnya lalu menjerit, "Takbir!" Walaupun tewas, Kumutha mencipta sejarah yang besar.

Ketika pencalonannya diumumkan dahulu, Kumutha pernah berkata, sebagai rakyat Malaysia beliau berhasrat untuk menabur bakti kepada semua kaum menerusi PAS.

"Hasrat saya hanya satu, ingin membantu rakyat Malaysia dan berjuang menerusi PAS, tetapi mungkin penyokong PAS menganggap penyertaan saya ini sesuatu yang luar biasa.

"Tetapi saya percaya ahli PAS kini semakin berfikiran terbuka dan saya berharap mereka berfikir secara rasional serta menerima saya kerana saya memang berhasrat untuk menabur bakti kepada masyarakat," katanya.

Katanya lagi, sebagai satu-satunya calon wanita PAS di Johor, beliau bangga dapat bertanding di kerusi DUN Tiram.

"Hampir separuh adalah masyarakat bukan Islam.
Majlis itu ialah majlis makan malam meraikan kemenangan PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Abong dan DUN Maharani. Malam itu benar-benar PAS for all!"

Sunday, March 23, 2008

Adakah Ini Sikap UMNO Yang Perlu Disokong


Berita TV3 jam 8 malam tadi menyiarkan demonstrasi mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan Istana untuk tidak melantik bekas MB Idris Jusoh. Disiarkan para penyokong dengan pelbagai kain rentang bagi menyatakan sokongan dan taat setia mereka terhadap Derih

Antara yang sempat IB perhatikan [sayangnya tidak sempat rakam] ialah sepanduk yang berbunyi Kami Nak Idris, Natang!.

Pertama, apa erti perkataan tersebut? IB rasa, dalam loghat Terengganu, “natang” itu ialah untuk “binatang”.

Kedua, persoalannya ialah, siapa “binatang” yang dimaksudkan dalam sepanduk itu? Kalau mengikut ayat sepanduk tersebut itu ialah mereka memberitahu kepada orang yang tidak menerima Idris sebagai MB dan orang itu dipanggil dengan nama binatang.

Siapa yang tidak menerima Idris dan melantik Ahmad Said sebagai MB? Umum mengetahui bahawa Tuanku Sultan yang tidak menerima Idris dan melantik Mat Said sebagai MB.

Jadi apakah “binatang” itu disifatkan oleh mereka kepada Tuanku Sultan? Apakah itu suatu tindakan wajar? Apakah tindakan-tindakan seperti itu yang didokong oleh para pemimpin UMNO? Apakah itu natijah dari kurikulum pelbagai program pendidikan yang dilalui oleh para ahli UMNO?

Apakah kesetiaan mereka kepada Idris membolehkan mereka menderhakai Sultan? Apakah itu termaktub dalam adat susila perjuangan UMNO?

IB hairan dengan tindakan para pemimpin Melayu yang sebegini yang telah melampaui batas-batas adat susila Melayu kita yang dibanggakan.

Mereka perlu mengulangkaji semula Rukun Negara.

Oh biadab sungguh UMNO ku ni

Siapa ProWaris

Dalam Utusan Melayu ProWaris menyokong UMNO

tetapi di dalam berita dalam Harakahdaily.net, presiden ProWaris suruh Pak Lah letak jawatan kerana dialah punya kekalahan teruk BN.

Umno ajar rakyat derhakai raja, berbohong

Posted on Sunday, March 23 @ 20:32:02 MYT by greenboc
Oleh adli

"Oleh Abdul Halim Mohd Rashid
Haji Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR: Umno bukan sahaja menderhaka kepada raja malah berbohong kepada rakyat konon calon-calonnya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu telah ditapis.

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata demikian ketika mengulas tindakan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang mengancam hendak memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar yang diperkenankan oleh Sultan negeri itu, Datuk Ahmad Said.

“Sebelum ini, bukan kepalang Umno mengerahkan orang-orang yang boleh diperdayakannya supaya menunjuk perasaan. Kononnya hendak membela Sultan yang mereka dakwa diderhakai di Perak dan Selangor.

“Sekarang mereka sendiri yang berkonspirasi bersikap biadab dan menderhakai Sultan.

Tunjuk perasaan

“Mengapa tak tunjuk perasaan? Tunjuklah puas-puas!” katanya merujuk kepada tindakan Umno yang sebelum ini menunjuk perasaan membantah tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengancam bahawa partinya akan memulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak.

Lim kemudiannya dilaporkan telah memohon maaf kepada Sultan dan Raja Muda Perak.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan, jika selepas ini pihak lain tidak menghormati dan bersikap biadab kepada raja-raja Melayu, ia sebenarnya “diajar oleh Umno sendiri”.

“Umno yang menunjukkan contoh sikap kurang ajar dan biadab kepada Sultan sehingga mengancam meletakkan jawatan dan membiarkan pilihan raya diadakan semula”.

Umno, kata Mahfuz, patut mencari punca mengapa istana Terengganu enggan memperkenankan perlantikan semula Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terangganu.

“Apa yang menyebabkan Sultan enggan memperkenankan Idris menjadi Menteri Besar? Adakah Sultan merasa bekas Menteri Besar Terengganu itu telah menyeleweng? Adakah kerana itu Sultan begitu kecewa sehingga tidak mahu memperkenankan Idris?” tanya beliau.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Terengganu sebenarnya diperintah oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan rakan niaganya, Patrick Lim yang dipanggil Patrick Badawi oleh Dr Mahathir.

Laporan BPR

Mengenai laporan bahawa Adun Umno Terengganu telah mengemukakan aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya menyiasat salah laku Ahmad dalam dua projek di Kijal, Mahfuz berkata, Umno ternyata tidak mengemukakan calon yang benar-benar bersih di dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

“Umno bukan sahaja mengemukakan calon yang tidak bersih sepenuhnya malah berbohong pula kepada rakyat kononnya mereka telah mengemukakan calon-calon yang ditapis.

“Mengapa Idris sebagai Ketua Perhubungan Umno Terengganu mengemukakan calon yang kini pihaknya sendiri membuat aduan kepada BPR tentang salah lakunya? Sebelum ini mengapa tidak lapor?

“Benarkah Idris menerima ugutan dari Ahmad supaya Adun Kijal itu dicalonkan dalam pilihan raya umum baru-baru ini? Jika benar Ahmad mengugut Idris, mengapakah Idris diugut? Apakah kesalahan Idris sehingga beliau boleh diugut?” Mahfuz mempertikaikan.

Tidak layak

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai bukti bahawa Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak layak lagi menerajui pentadbiran negara ini.

“Sebelum ini, Raja Perlis memberikan ‘undi tidak percaya’ kepada Abdullah apabila menolak cadangan Abdullah supaya melantik (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) sebagai Menteri Besar negeri itu.

“Sekarang, Sultan Terengganu pula menolak Idris yang dicadangkan oleh Abdullah.

“Abdullah mesti ingat, tamparan hebat ke atas kepimpinannya tidak datang dari istana Perlis dan Terengganu sahaja.

“Sebelum itu, rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah menolak calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Abdullah sehingga pentadbiran BN di negeri-negeri tersebut telah diambil alih oleh kerajaan-kerajaan rakyat manakala Kelantan tetap kekal di tangan PAS.

“Itu tidak termasuk Kuala Lumpur di mana BN hanya memenangi satu kerusi sahaja,” katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan tindakan double standard pihak polis.

“Mereka yang dipergunakan oleh Umno untuk berdemonstrasi di Pulau Pinang, Perak dan Selangor diberikan layanan terbaik dan paling istimewa oleh polis, sedangkan di Terengganu polis begitu bengis menangkap rakyat yang hanya memasang sepanduk menyokong Sultan mereka,” kata beliau yang begitu marah dengan sikap polis itu. - Harakahdaily

Siapa Salah?

Melayu membiarkan kedaulatan Sultannya dipermainkan. Kalau perkara ini dibiarkan, sudah pasti pada masa akan datang bangsa lain turut membuat perkara yang sama. Jadi jangan salahkan Cina atau India kerana kurang ajar apabila Melayu sendiri sudah kurang ajar kepada Sultannya.

Nasihat Raja Nazrin: "Keharmonian hubungan Raja dengan kerajaan adalah salah satu prasyarat untuk menjamin kestabilan sesebuah kerajaan dan kemakmuran sesebuah negeri."

"Adat istiadat dan kesopanan istana pada setiap masa hendaklah dipertahankan, dihormati dan tidak harus dicemari," titah Pemangku Raja Perak itu.

Wednesday, March 19, 2008

Apa ada dengan DEB?

Isu DEB hangat dibincangkan kembali. Selepas hilang majoriti 2/3 di parlimen dan penguasaan keatas beberapa buah negeri, Umno kembali berdemonstrasi.

Hakikatnya, DEB yang diperkenalkan pada tahun 1971 telah tamat tempoh perlaksanaannya pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) serta Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) (2001-2010).

Mereka berdemonstrasi kononnya mahu memperjuangkan DEB, tapi sebenarnya ialah untuk mempertahankan projek kroni. Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berat sebelah tidak mengambil apa-apa tindakan apabila Umno melakukan “perhimpunan haram”.

Ini jelas menunjukkan bahawa PDRM bukan bekerja untuk rakyat Malaysia tetapi untuk Umno/BN.

Sejauh mana orang Melayu dan rakyat Malaysia percaya bahawa DEB masih lagi relevan dan diperlukan?

Sila nyatakan pandangan anda diruangan sembang-sembang cbox.

Monday, March 17, 2008

KIT SIANG atau SHAHIDAN?

18 Mac (Ipoh) - Di antara kemelut yang berlaku dalam negara kita, siapa lagi bersopan Lim Kit Siang atau Shahidan Kassim?, Walaupun baru-baru ini negara dikejutkan dengan pemboikotan Lim Kit Siang terhadap majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak, tetapi jelas kita lihat walaupun yang berketurunan Cina ini sanggup memohon maaf dan beliau ini sendiri turut hadir ke Majlis Angkat Sumpah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar Perak, dan beliau berjumpa secara peribadi dengan Baginda Tuanku dan memohon maaf di atas ketelanjuran beliau tempohari.

Ini bercanggah dengan seorang Melayu Perlis yang juga bekas Menteri Besar, oleh kerana tidak berpuas hati dengan perlantikan Menteri Besar baru iaitu Dato' Dr Md Isa Sabu, beliau telah memboikot untuk tidak hadir ke Majlis Angkat Sumpah tersebut, dan tidak menerima wartawan ke kediaman rasminya untuk di wawancara.

Inilah sikap seorang Menteri Besar UMNO yang kononnya kaya dengan budi bahasa dan bertatasusila.

Fitnah terhadap kerajaan baru Perak - PAS minta polis ambil tindakan

IPOH, 17 Mac (Hrkh) - PAS Negeri Perak telah membuat aduan polis berhubung risalah yang bersifat provokasi yang disebar kepada orang ramai kononnya ia dibuat oleh PAS Negeri Perak.

Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki telah membuat aduan polis dan meminta pihak polis membuat siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat menyebarkan risalah tersebut.

Risalah itu yang kononnya dikeluarkan PAS Perak mengandungi kenyataan kerajaan Perak sekarang ini adalah Kerajaan PAS dan Kerajaan Islam yang akan melaksanakan empat perkara.

Empat perkara yang hendak dliaksanakan itu, menghapuskan pusat hiburan di seluruh Negeri Perak, menghapuskan pusat perjudian, menghapuskan penjualan arak di semua premis perniagaan dan melaksanakan hukum hudud apabila suasana politik telah benar benar stabil.

"Sebaran ini merupakan fitnah yang dibuat oleh pihak tertentu dengan niat dan tujuan jahat serta ingin menimbulkan perasaan kurang senang dan gelisah sebahagian masyarakat di Perak," katanya.

Menurut beliau dakwaan kononnya PAS yang memerintah Negeri Perak, dan kenyataan ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak senang DAP, PKR dan penyokong-penyokongnya.

"PAS tidak memerintah negeri Perak, yang memerintah adalah Kerajaan Barisan Rakyat daripada DAP, PKR dan PAS," ujar beliau.

"Sebaran ini sebenarnya bertujuan menimbulkan kemarahan dan kebimbangan rakyat dari kalangan masyarakat Cina dan India khususnya," katanya lagi.

Sunday, March 16, 2008

Video Golongan Korporat UMNO Kecewa

PERHIMPUNAN KORPORAT UMNO YG KECEWA

Paham ke bebudak nie ttg perjuangan org melayu, berdiri tengah panas tetapi yang senang korporat UMNO tu.

Rasanya paling tinggi pun di beri oleh si korporat pada bebudak yang pegang banner tu RM50

Uish ramainya perhimpunan golongan kecewa ni.

Di antara Sang Korporat yang kecewa, sedang cuba menarik minat penonton. Paham ke diorang tentang perjuangan pemimpin dahulu tentang hak orang melayu, yang mana hak orang melayu dah semakin terhakis dek disebabkan golongan kecewa ini, tanah sudah habis tetapi hasil kepada orang melayu tidak ada.

BACA PELAN2 SAMPAI HABIS

Pesanan Khas untuk Orang Melayu di Pulau Pinang

Pada kebiasaanya apabila saya menulis tentang situasi semasa saya menulis didalam Bahasa Inggeris tetapi akibat dari beberapa situasi semasa di PP baru baru ini, saya merasakan adalah perlu bagi saya menulis di dalam Bahasa Melayu bagi memastikan penulisan saya ini dapat di baca oleh semua peringkat rakyat di seluruh Negara terutama di PP.

Kejatuhan kerajaan BN di PP pada PRU ke12 baru baru ini terjadi akibat kegagalan kerajaan BN menangani masalah rakyat secara umumnya. Jika rakyat bahagia di bawah kepimpinan BN, sudah tentu ianya tidak akan di gulingkan di 5 negeri dan nyaris nyaris kalah di seluruh Semenanjung.

Sebagai rakyat, kita sepatutnya berfikiran lebih matang dan tidak mengikut rentak permainan politik puak puak tertentu. Kerajaan baru ini dilantik oleh rakyat ini bukanlah untuk selama lamanya tetapi hanya untuk tempoh 5 tahun. Kalau kerajaan pusat berhajat membuat pilihanraya lebih awal, rakyat mungkin memilih selepas 3 tahun.

Kuasa di tangan rakyat. Kita perlu memilih pemimpin yang baik dan berwawasan. Tidak guna kita pilih orang orang tertentu kerana semata mata dia orang Melayu atau Islam tetapi Melayu itu pada warna kulitnya dan Islam itu hanyalah sekadar pada songkoknya sahaja dan perangai macam syaitan atau mencuri duit rakyat secara terang terangan.

Saya ingin menarik perhatian pembaca semua kepada beberapa peristiwa yang berlaku selepas ke kalahan BN. Dato Dr Koh Tsu Koon telah menunjukkan watak yang amat matang dan terpuji apabila beliau menerima kekalahan BN di PP dan memberi jaminan bahawa akan memastikan peralihan kuasa kerajaan negeri akan di lakukan dengan aman. Kita lihat kerajaan PP paling mula mula di bentuk di semenanjung selepas PRU 12. Sikap seperti ini harus kita tauladani. Ianya mengambarkan kematangan berpolitik di pihak Dato KSK.

Saya amat terkilan apabila melihat berita TV3 pada 13/3/08 dan surat khabar pagi ini dimana UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan pusat menarik balik semua projek mega di PP kerana rakyat sudah menolak BN dan UMNO di PP. Adakah masuk di akal apabila, UMNO PP meminta supaya perkhidmatan bas Syarikat RapidKL di PP di hentikan dan biarkan kerajaan baru PP mencari penyelesaiannya. Hari ini saya amat terkejut apabila membaca artikel di dalam Malaysiakini dimana IGP mengarahkan supaya orang ramai tidak berhimpun di Komtar dan pada sebelah petangnya tersebar berita mengatakan yang perhimpunan yang telah melibatkan hampir 2000 orang di lakukan oleh UMNO.

Orang UMNO selama hari ini kononnya berdisiplin dan senatiasa meminta permit polis apabila mengadakan sesuatu perhimpunan kini telah menunjukkan belang mereka. Tanpa kebenaran polis dan tidak mengindahkan arahan IGP, mereka berarak di PP. UMNO PP telah melakukan PERHIMPUNAN HARAM. Pada penilitian saya, mujurlah pihak polis di Malaysia ini sangat professional dimana mereka telah bersikap neutral dan mengambil langkah langkah mengawal keadaan. Sebaik baiknya pihak polis mengambil tindakan keatas pemimpin UMNO ini yang dengan terang terangan melanggar undang undang negara. Undang undang tidak membezakan pesalah diri segi warna kulit atau parti politiknya.

Apakah tujuan sebenar UMNO di Pulau Pinang? Siapakah pencetus isu perkauman di PP secara khususnya? Adakah ianya di lakukan bagi menimbulkan insiden insiden di mana membolehkan perintah darurat dapat di laksanakan di PP? Jika tuan tuan menonoton TV, tuan tuan dapat melihat sendiri bagaimana Pak Lah memberi amaran terbuka kepada Lim Guan Eng supaya jangan bermain dengan isu perkauman dan hak hak orang melayu di PP. Apa yang di cakap oleh Pak Lah ini masuk di akal atau tidak? Guan Eng cuma menjelaskan bahawa selepas ini kerajaan PP akan melaksanakan tender terbuka dan tidak lagi melakukan “direct nego” sepertimana yang di amalkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Mengapa Pak Lah mengaitkan kenyataan ini dengan hak hak orang melayu?

Dari pengamatan saya, Pak Lah telah menimbulkan isu perkauman dan bukan Lim Guan Eng. Kenyataan Pak Lah di sambut oleh UMNO PP. Kalau perkhidmatan bas dihentikan, tentunya rakyat akan sengsara dan memberontak. Inikah niat UMNO PP atau Pak Lah sendiri. Jika ada pemberontakan, keseluruhan Negara akan terjejas dan bukan sahaja di PP. Apakah yang ada dalam kepala otak pemimpin UMNO PP ini? Adakah Pak lah dan UMNO PP mahu menimbulkan keadaan dimana kerajaan pusat boleh mengumumkan “perintah darurat” di PP dan lepas itu kerajaan akan di ambil oleh kerajaan sementara. Saya juga terkejut apabila mendapati Orang Melayu juga membuat perarakan yang sama di Selangor. Ini memberi gambaran bahawa perkara ini di lakukan dengan perancangan rapi dari pihak atasan.

Wahai bangsa ku di Pulau Pinang, saya pinta: Gunakanlah kekuatan akal fikiran kita sebelum membuat sesuatu tindakan. Janganlah cepat melatah. “Pikiak jauh sikit”. Jangan bagi malu bangsa kita ini. Kita kena tunjuk yang kita ini mempunyai IQ dan EQ yang tinggi dan setanding dengan masyarakat maju di dunia ini. Rakyat PP ini tak sama dengan rakyat di negeri lain. Di dalam darah kita ada darah pelbagai keturunan Arab, Turki, India, Hindustani, Eropah dll. Kita sepatutnya lebih celik dan lebih intelek lagi. Saya pinta semua rakyat merenung sejenak dan memikir sejauh mana BN telah menolong rakyat. Memang menjadi tanggungjawab mana mana kerajaan membina hospital, sekolah, longkang, jalan dan sebagainya. Itu fakta yang kita kena faham. Kalau kerajaan BN tak bina semua ini, sudah tentu rakyat dah lama buang depa. Selama ini rakyat menerima depa kerana pada fikiran rakyat politik perkauman itu penting bagi memastikan orang Melayu tidak di pinggirkan. Realitinya, politik perkauman merugikan negara dan banyak pihak dan hanya menguntungkan sebilangan kecil orang orang UMNO yang mempunyai kuasa dan kedudukan. Kalau BN benar benar bagus, mengapa rakyat menolak BN di PRU ke 12?

Saya ingin bertanya kepada rakyat PP yang telah mengambil bahagian di demonstrasi haram di Komtar pada hari ini. Kerajaan yang di bentuk ini baru berumur 1 minggu. Sudahkah rakyat di tindas? Adakah hak hak orang orang kita telah di nafikan? Belum apa apa lagi kita dah melatah. Sebenarnya siapa yang melatah dan tak senang duduk sehingga menggerakkan rakyat yang tak tau hujung pangkal dengan mengadakan perhimpunan haram di PP?

Ini adalah orang orang yang menjadi kaya raya dengan duit rakyat di PP selama ini. Dengan UMNO mereka mendapat projek merata rata. Mereka mendapat projek bukan diatas kekuatan teknikal atau mental. Projek projek mereka semuanya ada kaitan dengan politik UMNO - “aku bagi hang projek, hang jangan lupa aku”. Projek ini memperkayakan orang orang tertentu dan bukan semua orang melayu.

Saya ambil contoh Dato' Amin Shah yang kini telah muflis. Orang yang tidak ada pengalaman di dalam pembinaan perkapalan telah di beri kontrak hampir 5 billion ringgit untuk membina 6 buah kapal perang secara rundingan terus. Tidak perlu ada tender. Dimana kapal kapal ini hari ini? Setelah lewat lebih dari 8 tahun, apa yang sudah jadi dengan kapal kapal ini. Sedarkah tuan tuan hari ini sebuah berada di tengah laut, satu masih lagi tidak di terima oleh pihak TLDM (tapi di paksa terima) dan kini berada di limbungan lumut kerana gagal mengikuti spesikasi. Yang 4 lagi kat mana? Bayang pun tak dak? Habuk besi pun tak dak? Tahukah tuan tuan bahawasanya semua duit berkaitan projek ini dah habis di bayar. Mana pi duit ini semua? Mana kapai?

Sebenarnya kalau kita tempah kapal ini di luar negara secara terus, harganya di 1/3 dari harga 5 billion dan ianya dah lama siap dah. TLDM hari ini dapat memantau laut PP dengan lebih selamat. Mana perginya duit duit ini? Saya minta tuan tuan fikirkan sendiri. Tahukah tuan tuan dengan 5 billion berapa banyak rumah dapat di sediakan untuk rakyat, berapa banyak monorel dapat di buat di PP – rakyat tak payah sangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Duit ini duit siapa ?? – duit rakyat dimana duit ini digunakan untuk memperkayakan orang orang tertentu. Begitu juga dengan projek PORR dan projek jambatan Pulau Pinang yang kedua. Ke semua ini tiada tender. Kalau di buat tender harganya jauh lebih murah. Duit selebihnya boleh digunakan untuk rakyat. Mengapa duit rakyat hendak di gunakan untuk memperkayakan orang tertentu.

Saya minta tuan tuan berfikir sejenak dari segi sejarah. Sejak 1800, PP and Singapura di jajah oleh British. Dua duanya pulau. Kedua dua pulau ini di gunakan bagi tujuan yang sama iaitu untuk perdagangan bebas dan mengekspot hasil bumi dari Semenanjung. Rakyat pun sama. Kebanyakannya pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Waktu Merdeka, PP dan Singapura sama tarafnya. Hari ini dimana Singapura dan di mana Pulau Pinang? Bagi rakyat PP yang tidak pernah sampai ke Singapura, cuba pergi tengok rumah mereka, pangsapuri mereka, jalanraya mereka, taraf ekonomi mereka. Baru baru ini saya menaiki MRT dari Orchard Road sampai ke Changi…jauh tu bang oi.. bayar S$0.70 cent.

Pergi tengok berapa bersih dan luasnya flat mereka. Hidu sendiri udara mereka dan nikmati kebersihannya. Pokok menghijau di merata rata dan Kerajaan Singapura hari ini ingin menjadikan Pulau Singapura sebagai sebuah Pulau yang berkonsepkan terusan air di merata rata. Mengapa Singapura boleh melonjak jauh kedepan walaupun minyak tak ada, air pun tak ada, hasil bumi pun tak ada. Asasnya mereka tahu mencari dan menguruskan wang dengan telus. Pergi tengok Sungai Singapura dan bandingkan dengan Sungai Pinang. Hari ini, orang Singapura boleh terjun dan mandi dalam Sungai Singapura. Di Pulau Pinang, hampir semua sungai dah di jadikan longkang. Sungai pun dah nak pupus dan di gantikan dengan longkang. Pergi tanya rakyat Singapura adakah mereka menganggap kerajaan mereka itu kuat makan rasuah. Jawapannya tidak.

Pemimpin UMNO Pulau Pinang hari ini bukanya fikirkan hal dan kepentingan rakyat. Mereka pentingkan hak peribadi mereka. Mereka takut rahsia rahsia mereka terbongkar. Mereka takut kekayaan mereka di siasat. Dari 1000 orang Melayu di PP yang kaya berapa kerat ja yang betul betul kaya? Yang kaya kepala kepala UMNO yang duduk diatas . Kerana takut mereka melaga laga kan rakyat? Kalau benar DEB itu berjaya habis kenapa sampai la ni pun tak selesai selesai! Patut dah habis pada tahun 1991. Kalau BN tu bagus sangat, kenapa DEB tak selesai sampai hari ini. Adakah ianya tidak dapat diselesaikan atau sengaja tak nak di selesaikan? Jadi rakyat , saya pinta janganlah cepat melatah.

Orang Melayu kena fikir secara rasional. Mungkin kerajaan baru ini mempunyai kaedah kaedah yang lebih baik dari DEB. Bagi lah depa peluang untuk buka langkah. Ini belum apa apa lagi dah buat demonstrasi haram di jalanan. Kita tengok. Kalau depa tak boleh buat untuk kita macam depa dok janjikan kita buang mereka 5 tahun lagi. Apa kita nak takut. Biar kita tengok sejauh mana kebolehan mereka. Biar kita tengok dulu apa yang mereka janji tu mereka boleh buat tak. Jangan melatah.Tak rugi mana pun.. tak lama mana pun.. itulah kuasa rakyat.. rakyat boleh menegakkan kerajaan dan rakyat juga boleh menjatuhkan kerajaan.

Akhir kata, saya pinta Rakyat semua di seluruh negara terutama orang Melayu di PP tanpa mengira latar belakang politik kita. Kita harus pentingkan negara dari pentingkan UMNO. Marilah kita bersama sama bekerjasama memastikan kerajaan yang kita lantik ini berjalan lurus dan bersih dan berkhidmat untuk kita. Hari ini ada perimbangan kuasa. Ianya bagus untuk rakyat. Peluang untuk menyalahguna kuasa dan wang kini agak sukar. Jadi duit lebihan ini akan di belanjankan untuk rakyat. Ianya bagus untuk rakyat dan bukan untuk pencuri duit negara. Kalau depa tak buat kerja yang kita harapkan untuk 5 tahun akan datang, kita akan buat pertimbangan semula pada PRU ke 13. Fikirkan apa yang saya kata. Kita orang Melayu harus menunjukkan kematangan dari segi IQ dan EQ. Kenalah tunjuk pandai sikit. Jangan cepat melatah.

Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman

MD MMed (OM) MBA (IT) Dip Ae Med CTM AME

Saturday, March 15, 2008

LAGI CERITA ORANG BIADAP

"Isu siapa Menteri Besar Perlis yang menjadi tanda tanya bagi seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Perlis khususnya telah membuka pekung serta tembelang siapa Shahidan Kassim sebenarnya .

Pada 13/03/08 Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyifatkan arahan DAP supaya wakil rakyatnya di Perak memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar, sebagai sungguh biadap dan kurang ajar . Tetapi selepas 12 jam , Lim Kit Siang yang mengeluarkan arahan tersebut, telah menarik balik arahan tersebut dan telah memita maaf secara terbuka pada Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah serta menerima baik pemilihan ADUN Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.


Tetapi setelah 24 jam Shahidan Kassim menemplak Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Bintong, Datuk Dr. Md. Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru, beliau bukan sahaja TIDAK MAHU MEMINTA MAAF kepada kebawah duli baginda tetapi secara terbuka mempertahankan tindakannya demi jawatan menteri besar yang telah dipegangnya sejak 1995.

Jelas dari 2 peristiwa diatas , sudah terbukti siapa sebenarnya yang TERAMAT BIADAP terhadap sultan dan raja Melayu. Yang paling memalukan ialah ianya datang dari Shahidan Kassim, yang mendakwa dirinya ketua Parti UMNO serta Barisan Nasional yang memperjuangkan bangsa Melayu .

Friday, March 14, 2008

Ketuanan Melayu dan Menteri Besar Perak

Sekitar 1999 atau mungkin 2000, saya dan rakan-rakan mahasiswa pernah bertemu Dato' Dr Siddiq Fadhil atas nama kunjungan dan ziarah. Kalau tidak salah saya, beliau pernah menjadi ahli Majlis Adat Istiadat Melayu Perak.

Beliau kini adalah Presiden Wadah dan mantan Presiden Abim sekitar 80-an. Rumahnya di Sg Ramal, Kajang. Ziarah kami bertujuan bertukar-tukar pandangan tentang pengalaman lalu dalam gerakan Islam dan pandangan beliau berhubung politik negara serta isu semasa. Ada hal-hal menarik berhubung pandangannya yang ingin saya catatkan di sini.

Antaranya, yang terpenting adalah hal Ketuanan Melayu. Entah bagaimana beliau dengan tiba-tiba berminat bercakap hal tersebut. Tapi, tatkala teringatkan bahawa beliau memang ahli dan dalam hal berkenaan, saya cuma menadah telinga mendengar setiap isi butiran percakapannya.

"Saya tidak percaya anak-anak muda masuk Umno di atas niat perjuangan agama, bangsa dan tanahair. Selepas Reformasi, saya percaya ada dua sebab saja mereka ini masuk Umno.

"Pertama, mereka mahukan duit dan projek. Keduanya, … (mereka) bodoh sangat!" kata beliau. Saya dan rakan-rakan cuma tertawa mendengar kata-katanya bersulam kemarahan itu.

Baginya, Umno bukanlah pihak yang memperjuangkan Ketuanan Melayu. Dan, beliau ada bukti kukuh berhubung hal itu.

"Nak tahu buktinya?" soal beliau. Saya mengangguk penuh minat. "Tunggu sekejap, saya ambil tesis disertasi saya." Dan, beliau pergi ke bilik bacaannya seketika.


Umno menolak Ketuanan Melayu?
Dr Siddiq kembali kepada kami dengan tesis tebalnya yang saya sudah lupa tajuknya. Penyelia beliau adalah Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang pada saat itu ialah pensyarah UKM. Kajian itu mungkin berkisarkan hal-ehwal Melayu. Mungkin hal politik Melayu dan kebudayaan Melayu.

Yang sempat saya ingat dan catit, menurut tesis itu bahawa hal Umno menolak Ketuanan Melayu memang tercatat di dalam Parliamentary Debates entah volum ke berapa, saya tidak ingat. Tapi, beberapa hal penting adalah sebagai penjelasan di bawah ini:-

Parti yang berusaha keras memajukan usul berhubung Ketuanan Melayu ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang menggesa agar usul itu diperjelaskan dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini perlu dibuat bagi menjelaskan negara ini milik Melayu.

Usul tersebut, kalau tidak salah ingatan saya telah dibawa oleh seorang ahli Parlimen PAS Hulu Terengganu, Haji Hassan Adli. Bagaimanapun, usul tersebut ditolak oleh Umno pada ketika itu dengan menggunakan kuasa majoriti 2/3 daripada suara ahli-ahli Parlimen.

"Jadi, bagaimana Umno boleh mendakwa mereka menegakkan Ketuanan Melayu?" soalnya.

Peristiwa dialog perbincangan antara kami dengan Dr Siddiq itu telah berlangsung dalam 8 ke 10 tahun lalu. Tetapi, ia masih tetap kekal relevan untuk didebatkan jika Hishammuddin Tun Hussein melihat dirinya sebagai wira Melayu dengan mengangkat keris Panca Warisan.

Tahun berikutnya ketika Hishammuddin tidak lagi mengangkat keris itu dalam 'Muktamar' Umno, Naib Presiden beliau, YB Khairy Jamaluddin pula bersuara dengan lagaknya: "Jangan risaukan kata orang. Keris sudah terhunus, bila lagi mahu menikam?"

Kedua-dua tokoh muda Umno itu sama saja perangainya. Buta perut dan tak belajar sirah perjuangan Melayu Islam dengan betul, cermat dan niat suci. Agak-agaknya, bagaimana mereka mahu menyanggah hujah yang dibentangkan di dalam tesis Dr Siddiq Fadhil itu? Jangan-jangan, mereka sendiri pun tidak tahu-menahu soal itu!


Bangsa lain akur Ketuanan Melayu secara tersirat
Dr Siddiq menambah, dalam hal Ketuanan Melayu ini, secara tersiratnya, bangsa lain pun sudah mengakui kewujudannya. Beliau menarik perhatian kami berasaskan perbualannya bersama seorang ahli politik DAP di Perak sebelum ini, mungkin di Kinta atau di Ipoh.

"Saya tak tahu apa pendirian kaum Cina dan ahli politik yang lain. Tetapi, yang ingin saya sampaikan di sini adalah pandangan beberapa orang pimpinan DAP di Perak sendiri.

"Mereka sendiri beritahu saya bahawa ini negeri Melayu. Walaupun mereka menang, tapi peluang untuk menjadi Menteri Besar itu mustahil. Semua ini kerana sultan akan memilih orang Melayu sebagai Menteri Besar pada akhirnya," kata beliau.

Saya renung hal itu dalam-dalam. Di India sudah tiada kuasa maharaja seperti zaman dan era yang lalu ketika raja berkuasa dengan hebatnya. Di China, melalui Revolusi Budaya 1911 oleh Dr Sun Yat Sen, sistem beraja Dinasti Manchu telah digulingkan. Semua ini berlaku dengan sebab British menjajah kedua-dua negara itu.

Tapi, hal ini berbeza di Tanah Melayu. British melalui perlembagaan dan desakan orang-orang Melayu telah memutuskan kedudukan raja-raja Melayu sebagai penaung Islam di negeri-negeri. Menurut catatan sejarah, khasnya Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu telah pun mula mendapat kedudukan seperti itu, iaitu sebagai penyelamat dan pelindung agama.

Merah Silu dan lain-lain raja Melayu dilaporkan telah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan esoknya mereka menerima kehadiran mubaligh Islam. Serentak dengan itu, apabila rajanya telah menganut Islam, maka seisi negerinya memeluk ajaran Islam.

Tapi, peristiwa istimewa dan kejadian seumpama ini jarang disebut dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain. Kedudukan raja-raja Melayu sebagai pelindung Islam tidaklah boleh disamakan dengan gambaran mengenai pembesar Melayu sebagai pembela Islam walaupun mereka menokok tambah Islam dengan lipstik kosmetik bermodalkan jenama hadhari.

Buktinya, Abdullah Ahmad Badawi sebagai pembesar Melayu tetap kecundang walaupun ‘kalimah toyyibah’ Islam Hadhari tersebut bergema di mana-mana melalui tetuang udara dan tv. Rakyat secara jumhur telah menolak gagasan itu kerana zalimnya pembesar itu berserta angkatan-angkatannya.

Ringkasnya, berbanding pembesar, raja Melayu mempunyai kedudukan lebih jelas sebagai pelindung, penyelamat dan pembela Islam berasaskan susur galur sejarah yang diperjelaskan melalui Sulalatus Salatin.


Perjuangan PAS di Perak
Perjuangan mantan Presiden PAS Dr Burhanuddin al-Hulaimy kebanyakannya bertumpu di negeri Perak. Inilah antara imbuhan saham kredit yang menunjukkan peranan PAS di Perak hadir sebagai pergerakan menentang penindasan penjajahan British di negeri itu.

Kini, PAS telah berjuang membebaskan rakyat daripada cengkaman penjajahan Umno-BN yang terkenal sebagai anak didik British sejak dulu, kini dan mungkin buat selama-lamanya. Melihat hal ini, tidak salah jika diberi ruang kepada PAS untuk mentadbir negeri berkenaan.

Kami akhirnya pulang daripada rumah Dr Siddiq setelah lewat malam, sedangkan beliau masih rancak bercerita darihal pengalaman lalu. Sambil mengucapkan terima kasih di atas penerangan dan perkongsian ilmu, beliau berkata:

"Apa lagi yang boleh kami sebagai orang tua mahu sumbangkan kepada anak-anak muda dalam jemaah kini? Ini saja yang ada," kata beliau, sambil mengiringi kami keluar rumah.

Sekolah Pemikiran Pendang, 11:53 p.m, 12 Mac 2008.

Sokong ISLAM atau MUSLIM..???

“Assalamualaikum Rizal. Macam mana dengan tempat kita? Tak pernah ada calon orang kita. Okay ke kalau nak undi calon Cina?”, bunyi sms dari abang saya.

Hampir setiap hari saya diajukan soalan yang sama. Bagaimana mahu memilih calon?

Ada sesetengah kawasan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, kedua-dua calon BN dan BA adalah Melayu dan Muslim. Ada juga yang salah satunya Melayu Muslim manakala di satu pihak yang lain adalah bukan Melayu dan bukan Muslim. Malah ada juga kawasan yang kedua belah pihak adalah bukan Melayu dan bukan Muslim.

Cara saya mengkategorikannya pun sudah tidak sedap dibaca. Macam ada yang tidak kena.

Memang ada yang tidak kena!

Bagi yang tidak mempunyai rujukan agama, atau mempunyai agama tetapi tidak menyandarkan pilihannya kepada agama, tidak sulit untuk mereka membuat pilihan. Maka kelihatannya tidak sulit untuk kaum Cina dan India, Buddha dan Hindu atau Kristian dan sebagainya, membuat pilihan.

Fikir logik sudah memadai.
Penipu, pengkhianat, tidak buat kerja, cakap tak serupa bikin…. ditolak.

Komited dengan integiriti, memperjuangan keadilan, ketelusan, kebersihan pentadbiran negara dan menghormati pendirian rakyat… akan dipilih.

Soal agama apa, bangsa apa… bukan isunya.

BAGI KITA MUSLIM, ORANG ISLAM

Akan tetapi bagi orang Melayu, yang beragama Islam lantas dikenali sebagai Muslim, Melayu Muslim… pelbagai cabang kepala dan idea terbit di musim pilihanraya. Makin merujuk kepada agama, makin bercelaru panduan-panduan mengundi tersebar di alam siber maya.

Bagi yang pemalas, mudah sahaja, “ahh, undi sapa pun buang masa sahaja. Tak ada makna. Dua kali lima. Baik duduk rumah kunyah kuaci!”

Golongan putus harapan seperti ini diharapkan diam dan telan sahaja apa yang berlaku di sepanjang empat tahun akan datang. Kenaikan harga barang, rasuah dan penyelewengan, kanak-kanak diculik satu demi satu dan tiada yang ketemu, kehancuran sosial dan hilangnya ketenteraman dalam kehidupan, DIAM SAHAJA kerana keputus asaan anda dalam pilihanraya melayakkan anda untuk hilang hak mengeluh, hilang hak bersuara.

Lantas calon bagaimana yang harus dipilih?

BOLA SEPAK DAN BUKANNYA BADMINTON
Pertamanya…

Wakil rakyat, sama ada di Dewan Undangan Negeri, khususnya di Parlimen seumpama mereka yang bermain bola sepak. Mereka bukan bermain badminton. Dalam erti kata yang lain, mereka bergerak dan berperanan secara berpasukan. Seorang ahli parlimen tidak akan bertindak atas pertimbangan peribadi, sebaliknya mereka bersepakat di atas satu keputusan bersama oleh pasukan yang diwakili.

Maka, kelebihan personaliti seorang calon hanya mewakili bahagian yang kecil sahaja daripada kelayakan dirinya untuk dinilai oleh pengundi. Kelebihan personaliti, integriti dan kualiti seorang calon, adalah urusan parti untuk meneliti dan akhirnya meletakkan hanya yang terbaik sebagai calon. Ada pun bagi pengundi, mereka harus memahami bahawa menghantar wakil ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, bukan menghantar pemain badminton, tetapi pasukan bola yang akan bermain di dalam satu pasukan.

Maka jangan hanya menilai peribadi calon, tetapi tumpukan kepada pasukan yang diwakilinya.

SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM?
Berat soalan ini.

Jika anda menyokong ISLAM, bermakna anda menyokong PRINSIP. Islam sebagai prinsip menjulang keadilan, ketelusan, komitmen kepada perjanjian dan amanah, iaitu nilai-nilai yang didukung bukan sahaja di atas nama Islam, tetapi boleh juga tanpa nama Islam.

Akan tetapi jika anda menyokong MUSLIM, maka anda mempertimbangkan identiti calon, dan bukan prinsip serta integritinya. Jika anda mengundi seorang calon hanya kerana dia itu MUSLIM… anda tidak berlaku adil, anda pengamal ASABIYYAH.

asabiyyah.JPG

“Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap ‘Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, “TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI ‘ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!” [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa’]

Sama ada seseorang itu diundi kerana dirinya seorang Melayu, atau semata-mata dirinya seorang Muslim, sedangkan pengundian itu bakal mengekalkan kezaliman pasukan yang diwakilinya ke atas sekalian rakyat, maka pemilihan itu adalah ASABIYYAH, tidak mungkin sama sekali boleh dilihat sebagai suatu pilihan yang disandarkan kepada mana-mana prinsip Islam.

Islam menjulang keadilan dan menentang kezaliman.

Keadilan harus dipertahankan, biar pun dengan mempertahankan seorang bukan Muslim.

Kezaliman mesti dibanteras, biar pun pelakunya adalah seorang Muslim, hatta bapa atau anakmu sendiri.

KEADILAN UNTUK SEMUA
Prinsip Islam tidak mengenal Muslim atau bukan Muslim. Apa yang dipertahankan dan dijulang adalah keadilan.

Pilihanraya adalah proses terpenting untuk membersihkan negara daripada keangkuhan kuasa yang sudah lama bertahan, dan sewenang-wenangnya melakukan kezaliman dan penindasan.

Daripada Anas Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “BANTULAH SAUDARA KAMU, SAMA ADA DIA ITU ZALIM ATAU DIZALIMI”. Para sahabat berkata, “wahai Rasulullah, kami pasti membantu orang yang dizalimi ini, tetapi bagaimana pula kami boleh mambantu orang yang zalim?”. Baginda SAW menjawab, “CEGAHLAH SI ZALIM ITU DARI TERUS MELAKUKANNYA” (hadith riwayat al-Bukhari)

TOLONG MEREKA YANG DIZALIMI
Jika anda mahu membantu sekalian yang dizalimi sama ada di dalam tahanan ISA, yang dituduh tanpa kesalahan, yang menjadi mangsa penipuan, penindasan, tekanan ekonomi, politik dan sosial, MAKA BUATLAH PILIHAN YANG BETUL DENGAN MENYOKONG ISLAM, BUKANNYA MUSLIM. Sokonglah pasukan yang memperjuangkan keadilan, ketelusan, dan kebajikan sekalian rakyat tanpa memilih bangsa dan agama.

TOLONG MEREKA YANG ZALIM
Jika anda mahu benar-benar membantu sekalian yang zalim dan bongkak selama ini, hentikan mereka dari terus menang dan berpeluang meneruskan kezaliman.

Itu juga pesan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir ke arah membersihkan BN dan Malaysia.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube videoTOLONG KEZALIMAN

Akan tetapi, jika anda memilih Muslim dan non Muslim yang zalim atau menambahkan kekuatan pasukan yang zalim, untuk terus melakukan kezaliman, “ucapkanlah selamat tinggal kepada umat yang pasti binasa itu!”

Bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, “Wahai zalim”, maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka (HR. Ahmad)

SMS BALASAN
“Ok Rizal, abang dah jelas sekarang ni. Jom mengundi!” , kata abang saya.

Saya gembira dan terus menyambung kerja.

“Seeru ‘ala barakatillah”

artikel dari www.saifulislam.com

DAP Biadap, Abdullah Badawi Pun Biadap Juga


KUALA LUMPUR 13 Mac – DAP bertindak biadab apabila mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Beberapa pemimpin yang membidas tindakan DAP itu turut menegaskan, adalah satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati majlis tersebut yang merupakan sebahagian daripada adat istiadat Kesultanan Perak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan DAP melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang semalam merupakan sesuatu yang di luar batasan.

“DAP secara terang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati kedudukan kesultanan Melayu..... - (sebahagian dari artikel Utusan Online)


PUTRAJAYA 14 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau telah menyerah kan surat watikah kepada Datuk Seri Shahidan Kassim, yang membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Perlis dan membentuk barisan Exco negeri itu.

“Saya telah bagi surat watikah kepada Datuk Seri Shahidan Kassim, yang menjadi pengerusi badan perhubungan Barisan Nasional (BN) negeri Perlis, yang telah menang (dalam pilihan raya yang baru lalu).

“Surat watikah itu adalah untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Mulia Raja Perlis supaya dia (Shahidan) dilantik sebagai Menteri Besar dan tubuh kerajaan negeri Perlis,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri.

Abdullah berkata demikian setelah diminta mengulas kenyataan Setiausaha Sulit Raja Perlis, Moh Adib Zakaria, yang hari ini yang mengumumkan bahawa Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah berkenan melantik anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong (ADUN), Datuk Dr. Md. Isa Sabu sebagai Menteri Besar negeri itu. ... (sebahagian dari artikel Utusan Online)



Komen : Tidakkah Abdullah Badawi juga dianggap biadap, kurang ajar dan menghina kepada institusi raja-raja Melayu jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati keputusan majlis tersebut yang merupakan sebahagian daripada adat istiadat Kesultanan Perlis? Ia juga secara terang-terangan tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati kedudukan kesultanan Melayu bak seperti kata Hishamuddin tersebut. Pemimpin beginikah yang digila-gilakan oleh orang-orang Umno yang akan memperjuangkan ketuanan Melayu..??? apatah lagi ketuanan ISLAM.

Melayu menyesal sokong DAP, Cina menyesal sokong PAS?

Posted on Friday, March 14 @ 12:43:02 EST by reformis
Pengundi-pengundi BNlah yang perlu menyesal. Ini kerana tindak-tanduk BN selepas pilihan raya melihatkan mereka sombong, pendendam dan enggan berubah. Mereka mencari sebab kekalahan atas perkara-perkara kaedah seperti soal strategi dan calon. Sedangkan apa yang menimpa BN ialah kelemahan asas perjuangannya.

Oleh Maulana Purnama

Melihat apa yang berlaku di Perak, ada orang Melayu sudah mula menyesal mengundi DAP. Begitu juga dengan orang Cina yang mengundi PAS.

Itulah masalahnya apabila rakyat Malasyia sudah terlalu biasa dengan sistem Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya sesuatu yang tidak normal dalam amalan demokrasi. Dalam perhatian rakyat kepada apa yang berlaku di Perak, Selangor dan Pulau Pinang, orang lupa tentang masalah yang dihadapi oleh BN untuk membentuk kerajaan di Perlis dan Terengganu walaupun mereka tidak perlu menubuhkan kerajaan campuran.

BN juga bermasalah, cuma ia berlaku secara tertutup. Sebaliknya apa yang berlaku di antara DAP, PAS dan PKR diketahui umum dan secara terbuka. Tambahan pula media yang dikuasai BN mengambil kesempatan dalam kesempitan parti pembangkang. Sedangkan apa yang dihadapi oleh PAS, DAP dan PKR ketika menubuhkan kerajaan campuran adalah suatu perkara biasa yang berlaku di seluruh dunia.

Penubuhan kerajaan campuran merupakan dinamika politik demokrasi normal. Sementara sistem BN dengan parti-partinya tunduk di bawah UMNO adalah suatu yang tidak normal, dan akhirnya mendatangkan kebekuan dalam politik di negara ini.


Justeru apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang sihat. Perbahasan terbuka mengenai kehendak parti-parti yang terlibat dan akhirnya diharapkan akan mencapai kesepakatan. Ia bukan suatu yang tidak stabil, tetapi merupakan sebahagian daripada proses demokrasi. Malah ia lebih baik berlaku sekarang, sebagai suatu latihan dan pelajaran bagi parti-parti pembangkang dalam persediaan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan jika rakyat memerlukannya pada suatu hari kelak.

Ketinggalan zaman
Sistem BN sudah ketinggalan zaman dan tidak menepati aspirasi rakyat. Pada mulanya ia dibentuk sebagai kerajaan campuran Perikatan-Pas. Kemudian ia diperluaskan menjadi Perikatan-Gerakan-PPP. Akhirnya ditubuhkan BN yang muncul dalam bentuk UMNO sebagai parti dominan.

Sedangkan dalam kerajaan campuran, tidak ada parti yang dominan. PAS, DAP dan PKR adalah setaraf. Kekuatan mereka hanya bergantung kepada bilangan kerusi yang diperolehi. Sebagai kerajaan-kerajaan baru di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sudah tentu akan berlaku pelbagai kesilapan. Tetapi pengundi tidak harus menyesal kerana pilihan raya umum ke-12 membuka lembaran baru kepada cara berpolitik yang lebih demokratik dan adil. Tidak ada patah balik. Walaupun mungkin BN boleh memperbaiki diri dan memenangi semula beberapa kerusi yang ia terlepas, tetapi rakyat negara ini tidak wajar pandang ke belakang. Sesungguhnya BN sudah bobrok dan perlu diganti untuk dirawat. Ia mesti menyesuaikan dengan iklim baru politik.

Seperti di Indeonsia, Golkar yang zaman Suharto menguasai negara itu perlu menyesuaikan diri dengan zaman reformasi di mana politik adalah terbuka.

Pengalaman ini juga berlaku di Taiwan, Jepun, malah di Rusia. Di Taiwan, Kuomintang menyesuaikan diri dan kini mampu mencabar Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah. Begitu juga dengan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun dan Parti Komunis Rusia yang menguasai parlimen tetapi gagal menjadi presiden.

UMNO dan BN mungkin tidak pupus tetapi mereka mesti berubah.

Mungkin akan makan masa lebih lama dan dalam perjalanan itu, mereka mampu menang semula mengatasi PAS-DAP-PKR, tetapi sempadan minda rakyat negara ini telah diterobos. Pembangkang mampu menubuhkan kerajaan.

Akan sampai masanya, PKR, PAS dan DAP terpaksa bertelagah dalam menubuhkan kerajaan persekutuan setelah menang majoriti di negara ini. Pada masa itu, pengalaman di Perak amat berguna.

Kekuatan tersendiri
PKR, PAS dan DAP sebagai parti berasingan mempunyai kekuatan sendiri berbanding dengan BN yang tergabung dalam parti.

Apa yang menjadi kemarahan orang Cina kepada MCA dan gerakan adalah kelemahan mereka ketika berdepan dengan UMNO. Perkara itu tidak akan berlaku dalam kerajaan pembangkang. Ini kerana DAP adalah setaraf dengan PKR dan PAS. Mereka boleh menyuarakan aspirasi kaum Cina tanpa bimbang diperlekehkan.

Sementara PAS pula juga berdiri setaraf dengan PKR dan DAP.

Ketika PAS berada dalam BN, ia hanya mampu memiliki Menteri Besar di Kelantan. Tetapi dalam kerajaan campuran PAS-DAP-PKR, bukan saja PAS berpeluang menjadi Menteri Besar di Kelantan dan Kedah, tetapi juga di Perak. Justeru pada masa kena datang, parti kecil juga berpeluang menerajui pucuk pimpinan mana-mana negeri, mengikut kesesuaian politik semasa.

Selain itu setiap parti, PAS, DAP dan PKR tidak berasaskan kaum walaupun PAS adalah parti satu agama, DAP pula keahilannya adalah dominan Cina.

Tetapi seseorang Cina Islam boleh menyertai PAS, sementara seorang Melayu boleh menyertai DAP. Tidak seperti BN, hanya Gerakan dan PPP yang berbilang kaum.

Banyak pengulas yang menekankan perbezaan ideologi antara DAP dan PAS, sambil menggambarkan bahawa DAP dan PKR tidak mempunyai perbezaan ideologi.

Tetapi jika diteliti perjuangan ketiga-tiga parti mereka mempunyai lebih banyak persamaan daripada perbezaan. Perjuangan menentang rasuah, persamaan antara kaum, membela orang terpinggir adalah serupa dan menjadi tonggak perjuangan. Perkara ini tidak begitu dilaungkan oleh BN kerana mereka tidak berupaya melakukannya.

Tidak wajar menyesal
Dalam hal ini, pengundi tidak wajar menyesal mengundi PAS-DAP-PKR kerana perjuangannya adalah jauh lebih bersih daripada BN. Sebaliknya pengundi-pengundi BNlah yang perlu menyesal. Ini kerana tindak-tanduk BN selepas pilihan raya melihatkan mereka sombong, pendendam dan enggan berubah.

Mereka mencari sebab kekalahan atas perkara-perkara kaedah seperti soal strategi dan calon. Sedangkan apa yang menimpa BN ialah kelemahan asas perjuangannya.

Selama ini ia mampu menang adalah kerana kekuatan jentera dan strategi, dan kurang atas sebab asas perjuangan.

Dr. Mahathir Mohamad menyalahkan Abdullah Ahmad Badawi kerana kekalahan BN ini, tetapi jika diteliti tentang apa yang dialami oleh BN dalam pilihan raya umum ke-12 ini, ia merupakan lanjutan kepada kesilapan Dr Mahathir.

Orang kata dua kesilapan Dr Mahathir ialah pemecatan Anwar dan pelantikan Abdullah.

Tetapi hakikatnya kesilapan Dr Mahathir ialah kegagalan untuk berubah dan reformasi. Beliaulah yang mengecilkan ruang demokrasi bukan saja dalam negara tetapi dalam UMNO. Pemilihan parti ditangguhkan hingga UMNO tidak dapat memperolehi pemimpin yang baik. Amalan serupa itu dituruti oleh Abdullah, maka calon yang diletakkan oleh BN dalam pilihan raya umum ke-12 itu merupakan hasilnya.

Thursday, March 13, 2008

KENALI MB PERAK

ImageMengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. - mr