Pada 27/2/2008 jam l/kurang 9 malam saya telah menaiki m/kar yang menjemput saya dirumah alamat di atas untuk pergi ke bilik gerakan umno di tmn perdana muar. Dalam kereta tersebut saya bersama 2 lagi lelaki salah seorang daripadanya bernama Abas dan dalam perjalanan ke tmn perdana Abas telah menghulur tangannya seperti mahu bersalam kepada saya yang duduk di belakang dan saya menyambut salam tangannya dan kemudian abas telah meraba-raba bahagian peha saya dan sehingga menyentuh kemaluan saya. Saya berkata kepada Abas sekiranya masih meraba saya mahu terjun dari kereta. Kemudian saya telah mengadu perkara tersebut pada Abang Dolah iaitu pemuda umno tetapi Abang Dolah beritahu supaya tidak membesarkan isu ini dan tidak menghiraukan aduan saya. Saya juga dapat tahu nama sudah tiada dalam senarai puteri umno. Ketua Puteri umno bahagian nama Anum juga ada memberi amaran supaya saya tidak beritahu perkara tersebut pada orang dan membuat laporan polis serta menuduh saya yang bukan-bukan. Saya tidak berpuashati dengan tindakan Abas yang mencabul saya. Inilah laporan saya."