Thursday, March 13, 2008

KENALI MB PERAK

ImageMengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. - mr

Wednesday, March 12, 2008

Apology to Perak Sultan and Regent - No offence intended

March 13th, 2008

My three-paragraph statement at 7 pm last night that the DAP Central Executive Committee emergency meeting on 9th March had not given approval for a PAS Mentri Besar to head a Perak coalition state government was not made out of disrespect to the Perak Sultan and Regent both whom I have always held in the highest regard and I apologise for any offence caused. The statement was on the party position at the time.

There have been further discussions and developments on the matter in the hours after the statement. Announcements of the latest position will be made.

http://blog.limkitsiang.com/



HAK DAN PERANAN

Kemenangan dan kekalahan di dalam Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu adalah lembaran baru untuk Malaysia Baru.
Kemenangan yang dicapai mengatasi teori-teori politik perdana yang mengisi wacana pra pilihanraya. Ia terlalu jauh dari jangkaan semua pihak.

Hakikatnya, Allah SWT sudah pun memberitahu:

“Dan mereka telah merancangkan (konspirasi), dan Kami pula merancangkan (balasannya), sedang mereka tidak menyedarinya.” (Al-Naml 27 : 50)

Saya yakin, rejim yang baru ditumbangkan itu tidak pernah sedar dan tidak pernah mengambil kira soal perancangan Allah. Mereka sangat yakin dengan segala keupayaan yang ada untuk meneruskan tradisi kemenangan yang sudah bagai tahu sebelum diberitahu. Kuasa majoriti besar, kuasa penguasaan media yang amat keterlaluan, kuasa wang, kuasa SPR dan segala-galanya, terungkap dalam keangkuhan hingga mereka lupa kepada Makar Allah terhadap makar mereka.

Mereka lupa siapa Allah terhadap KUASA.

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Aal Imraan 3 : 26)

Setelah sekumpulan manusia membelakangkan tujuan Allah memberi kuasa, bahawa untuk mereka menegakkan keadilan dan memuliakan manusia dengan kemanusiaannya, Allah mencabut kuasa itu dan menyerahkannya kepada pasukan lain yang dengan sepenuh hati menyatakan kesediaannya untuk berlaku adil.

Jika tidak Allah, siapakah yang mengubah hati pengundi hantu untuk mengundi Barisan Rakyat?

Siapakah yang membuang prejudis dari hati kaum non-Muslim untuk menyokong PAS?

Allah yang Maha Adil memuliakan keadilan, dan mengangkat manusia yang menjunjung keadilan, menghina dan menjatuhkan si zalim dan kezalimannya.

Itu sifir jatuh bangun setiap sudut kehidupan manusia sebagaimana yang tercatat di dalam rakaman sejarah.


SEGALANYA BARU
Segala-galanya adalah baru.
Sebagaimana Khir Toyo, Tajol Rosli dan Mahadzir Khalid perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa kuasa bersama status baru sebagai Ketua Pembangkang, begitulah suasana baru ini memerlukan semua pihak untuk belajar menyesuaikan diri.

Kelantan menang selesa untuk meneruskan agenda yang telah sedia ada.

Akan tetapi bagi negeri-negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang dan terutamanya Selangor dan Perak, ia adalah sesuatu yang baru. Suasana yang baru ini memerlukan kita kepada sikap yang segar dan baru untuk menyambutnya dengan betul. Bukankah sebelum pilihanraya lagi, kita sudah bekerja keras untuk mewujudkan pendirian yang segar dan baru untuk mengundi?

Kita melihat kaum Cina dan India tanpa ragu-ragu mengibarkan bendera PAS dan PKR. Malah mereka hadir dengan jumlah yang amat signifikan ke ceramah kempen-kempen pilihanraya PAS dan PKR hingga sebahagiannya terangsang untuk sama bertakbir! Itu pengalaman saya sendiri semasa berkempen. Dan itu sudah pun mencorakkan Malaysia dengan Malaysia yang baru.

Biar pun agak penat berdepan dengan usaha menyuntik pembaharuan kepada politik orang Melayu (akibat pelbagai TAHU tetapi terus lemah MAHU dan MAMPU), namun suasananya tetap suasana baru. Orang Melayu yang Muslim itu, dengan semangat Islam mereka pantas menyokong dan mengundi PKR malah DAP!

“Ada pahala ke, kalau undi DAP?”, tanya orang kepada saya.

“Pastinya, pengundi BN tahun 2008 dunia tak dapat, Akhirat pun tak dapat!”, itu jawapan ringkas saya.

Dalam erti kata yang lain, tiada lagi PAS untuk Melayu Muslim atau DAP sebagai lawannya. Kesemuanya bergerak senada bahawa kita menolak kezaliman dan penindasan Barisan Nasional, lantas setiap parti menerima sokongan yang amat pluralistik wajahnya.

MENGAPA MAHU KEMBALI KEPADA YANG LAMA
Setelah kejayaan di dalam pilihanraya dikecap dengan usaha baru, mengapa kemenangan itu mahu disambut dengan kembali kepada isu-isu lama?
Kenapa mahu berpatah kepada square one?

13 Mei 1969…
Ia menjadi titik resah segelintir yang silap membaca sejarah.

Pilihanraya 2008 bergerak bukan dengan sentimen perkauman. Isunya bukan isu perkauman. Bukan Melayu tipu Cina atau India, bukan Cina atau India yang menjadi masalah kepada Melayu. Tetapi Melayu, Cina dan India bangkit untuk berdepan dengan Barisan Nasional, yang menjadi masalah kepada semua orang. UMNO kalah, MCA kalah, MIC kalah. Pemenang adalah rakyat yang menjunjung keadilan dan menolak kezaliman.

Ini sudah cukup untuk menjadikan 8 Mac 2008, tiada kena mengena dengan 13 Mei 1969.

Tambahan pula dengan sokongan warna warni yang diterima oleh PAS, PKR dan DAP… menjadikan sentimen perkauman sungguh tidak relevan. Sebaliknya harapan setiap pengundi yang mengundi pembangkang, tanpa mengira parti, adalah untuk memulihkan harapan kita bagi melihat Malaysia yang lebih sejahtera.

Pagi Ahad 9 Mac 2008 adalah pagi yang sangat aman. Ia mendamaikan jiwa kita semua.

Malah pihak yang menang sudah pun membuat kenyataan awal bahawa kemenangan ini tidak akan disambut dengan apa-apa acara, khususnya acara jalanan, kerana menghormati kemenangan itu sebagai suatu tanggungjawab. Ini juga sudah amat berbeza dengan mood 1969.

Begitu juga dengan majoriti pengundi 2008. Mereka bukan lagi Melayu yang sengsara dengan penyeksaan zaman Jepun atau era komunis. Mereka bukan lagi Cina atau India yang diberi kerakyatan, tetapi mereka adalah anak Malaysia yang melihat negara ini dengan pandangan yang sama seperti pandangan Melayu.

Jika Malaysian Malaysia yang dilaungkan oleh DAP pada 1969 banyak bercakap tentang soal HAK, maka laungan Barisan Rakyat pada 2008 lebih banyak bercakap tentang soal PERANAN.

1969 hanyalah modal divide and rule yang selayaknya diperkatakan oleh golongan yang kehilangan kuasa semata-mata. Perlakuan membakar Tadika KEMAS atau apa sahaja yang bersifat provokasi kebelakangan ini, hanyalah perlakuan golongan yang tidak dapat menerima kekalahan. Apa rasionalnya untuk Barisan Rakyat bertindak sedemikian?

Bagi Barisan Rakyat, kita harus memandang ke depan, dengan wajah dan sikap yang baru.

ANTARA HAK DAN PERANAN
Sikap baru yang diperlukan oleh kita semua bagi mengisi kemenangan 2008, amat bergantung kepada persepsi kita kepada soal HAK dan PERANAN.

Hal ini lebih ketara untuk menjawab isu yang berlaku di negeri Perak.

Tentu sekali, tiada dalam perhitungan PAS, DAP dan PKR di Perak untuk merancang kemenangan hingga beroleh kuasa. Malah isu Undang-undang Tubuh Negeri yang menjadi topik hangat semasa juga tidak timbul sama sekali kerana tidak tergambar di fikiran sesiapa untuk melihat Barisan Nasional bergerak sebagai pembangkang di negeri ini.

Proses perlantikan Menteri Besar dan seterusnya Exco Kerajaan Negeri, sangat memerlukan kita semua kepada memfokuskan soal PERANAN berbanding HAK.

Rakyat secara keseluruhannya mengundi DAP, PKR dan PAS bukanlah sebagai ekspresi menuntut hak. Sebaliknya kita semua mahukan sebuah kerajaan baru yang lebih baik, yang lebih berkesan dalam melaksanakan peranannya. Maka pembentukan kerajaan baru di negeri Perak mestilah keluar dari soal perdebatan tentang hak kepartian, sebaliknya kembali memikirkan soal efisyensi dan peranan… kerajaan yang bagaimanakah yang membolehkan mereka berperanan dan bukannya soal kerajaan yang bagaimanakah yang berjaya memberikan hak atas asas parti.

Saya sebagai anak Perak, mahukan pemimpin yang mampu berperanan dan menyuburkan persefahaman dalam kerajaan baru serba baru ini, tanpa mengambil kira soal parti. Saya tidak mahu dipimpin oleh Melayu yang tidak berkemampuan.

Saya meyakini kebijaksanaan Istana Perak yang bertuah dengan Sultan Negeri yang juga bekas Ketua Hakim Negara. Begitu juga dengan pemangkunya yang amat terpelajar dan berpemikiran tinggi untuk mengatur kami rakyat Perak dengan sebaiknya. Perak adalah negeri yang terbukti bijak, pada tahun 2008.

Malah saya juga meyakini keterbukaan pemimpin PAS, DAP dan PKR untuk mengambil peluang dari kemenangan ini untuk saling bekerjasama, belajar dan mengajar serta memfokuskan orientasi mereka kepada peranan dan bukan lagi permainan hak yang sudah sekian lama membantutkan Ta'aruf yang tulen oleh sesama rakyat yang berbilang bangsa juga agama.

PELUANG BELAJAR
Bagi PAS Perak, ambillah peluang ini untuk belajar dan menimba pengalaman yang unik. Jika PAS Perak berjaya membangunkan pemikiran siasah mereka dalam suasana Perak, maka PAS Perak boleh menjadi model terbaik untuk PAS yang compatible dengan realiti Malaysia.

Allah SWT menganugerahkan PAS Perak dengan peluang untuk mencanai fikrah dan agendanya dalam suasana kerajaan campuran, agar PAS bertemu dengan formula Politik Islam yang berjaya mentadbir kepelbagaian bangsa dan agama, yang sebelum ini hanya mampu berteori.Kelantan dan Terengganu tiada peluang seperti ini kerana dominasi penduduk Melayu Muslim yang ketara.

Namun di negeri Perak, PAS berpeluang untuk duduk bersama kaum dan agama yang pelbagai… ia bakal menjadi pengalaman yang amat berharga untuk menafikan dakwaan Olivier Roy di dalam analisanya, “The Failure of Political Islam“.

Bukan sahaja untuk PAS, malah DAP juga berpeluang untuk lebih mendekati kaum yang pelbagai.

Di kawasan P.64 dan N.27, pengundi Melayu mengundi DAP untuk menambahkan kemenangan Lim Kit Siang dan Su Keong Siong tanpa pernah mengenali dan bersemuka dengan mereka berdua. Tetapi undian diberikan kerana Lim Kit Siang merupakan seorang Ahli Parlimen yang sangat efektif. Beliau memainkan peranan yang penting dalam membela nasib rakyat melalui PERANANnya di Parlimen dan dikenali sebagai "the sworn enemy of corruption, abuses of power and gross mismanagement". Pengundi beliau di P.64 berbangga menghantar Ahli Parlimen yang paling aktif, malah menjawat jawatan Ketua Pembangkang dengan berkesan. Ia jauh lebih membanggakan berbanding dengan pengundi di P.41 yang menghantar sang penidur dan punca kemerosotan partinya sendiri.

Begitu juga dengan Thomas Su yang menjadi ADUN di N.27 Pasir Pinji harus mengambil peluang dari mood 2008 untuk mendekati penduduk Melayu di Kampung Pasir Puteh dan PAS Kawasan boleh memainkan peranan untuk menjadi orang tengah dalam memobilisasikan Thomas Su agar lebih mesra dengan pengundi Melayu.

Ia adalah peluang belajar untuk semua.

DAP dan PAS yang lebih berkepelbagaian, bersama PKR yang boleh banyak berperanan untuk menjadi pendamai antara dua dimensi DAP dan PAS… akan menghasilkan formula terbaik untuk Malaysia.

“Dan mereka itu pun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya” (Aal Imraan 3 : 54)

Nak tengok Malaysia baru, tengok Perak!

Semoga ALLAH memberi hidayah dan petunjuk kepada semua pemimpin PAS agar dapat melaksanakan tanggung jawab yang diberi dengan lebih baik dan sempurna selaras dengan syariat Allah. Insya Allah.. Allah Hu Akhbar..!!

Monday, March 10, 2008

Tajol Rosli kunci pintu dan menangis



KEDIAMAN rasmi Menteri Besar Perak dikawal ketat oleh polis malah dikunci bagi menghalang orang ramai memasukinya di Ipoh, semalam.

IPOH 9 Mac – Kekalahan mengejut Barisan Nasional (BN) Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam merupakan sesuatu yang di luar jangkaan banyak pihak terutama Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu dikatakan hanya mampu menangis di kediaman rasminya bersama penyokong dan pemimpin kanan UMNO negeri malam tadi.

Berita kekalahan demi kekalahan calon BN juga membuatkan beliau terkedu hingga enggan menemui orang ramai dan pihak media yang berkumpul di kediaman rasminya sejak pukul 8 malam.

Hasrat pihak media untuk mendapatkan reaksi dan ulasan mengenai kejayaan pembangkang juga terbantut apabila beliau tetap mengurung diri di dalam rumah tersebut.

Sehingga ke pukul 6 pagi ini, pihak media masih gagal mendapatkan sebarang komen daripadanya malah wartawan diminta beredar secara baik oleh penyokong-penyokong beliau.

Pihak media yang setia menunggu dan sanggup bersengkang mata akhirnya mengalah dan mengambil keputusan untuk beredar bagi melaksanakan tugasan lain.

Usaha mendapatkan komen daripada Tajol Rosli sehingga kini masih diteruskan tetapi malangnya rumah kediaman rasmi itu dikawal ketat polis malah telah dikunci bagi menghalang orang ramai dan media memasukinya.

Difahamkan, Tajol Rosli masih terkejut dan bersedih hingga enggan menemui mana-mana pihak bagi mententeramkan perasaannya. Beliau sebelum ini dilihat begitu yakin bahawa BN mampu sekurang-kurangnya mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam, pembangkang berjaya membentuk kerajaan baru selepas menang 31 kerusi DUN manakala BN hanya mampu menguasai 28 kerusi.

Pembangkang turut menang di 11 kerusi Parlimen manakala BN memperoleh 13 kerusi.

Saturday, March 8, 2008

ALHAMDULILLAH PENGUNDI MANJOI MEMANG HEBAT

Terima kasih kepada seluruh pengundi terutama pengundi DUN N23 Manjoi, kerana berani membuat perubahan dalam PRU12 ini, Imam Zul walaupun kalah tipis disebabkan penipuan SPR dan BN serta kebiadapan KTM (Ketua Tempat Mengundi), kita berjaya mengurangkan majoriti undi Dato' Nadzri Ismail hampir 90%. Walau apapun tahniah diucapkan kepada Dato' Nazri diatas kemenangan beliau.

Dalam proses menuntut supaya pengiraan semula dilakukan, berlaku sedikit kekecohan pada Pengurus Pilihanraya P63 Tambun Tn Hj Tarmizi, apabila lebih sejam kami menunggu keputusan dari SPR pusat samada boleh atau tidak membuat pengiraan semula, Pengurus tersebut secara tiba-tiba membuat pengumuman apa yang dikatakan "Keputusan Pilihanraya", terdapat 3 sebab yang munasabah mengapa perlu dilakukan pengiraan semula :

i. Bantahan seorang pengundi yang membuang undi lebih dari 1

ii. Salinan Borang 14 di saluran 6 Tmn Meru, Ketua Pusat Mengundi tidak mahu menandatangani dan menyerahkannya kepada agen pengiraan undi

iii. Buku daftar pemilih yang digunakan oleh agen tempat mengundi tidak sama dengan buku yang digunakan oleh SPR - berlaku di Kg Tengku Hussein

Walaubagaimanapun Imam's Zul team bersyukur kehadrat Allah S.W.T. dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memberi undi mereka kepada BA terutamanya PAS. Terima kasih semua, Terima kasih... Semoga kemenangan akan berpihak kepada PAS dalam pilihanraya yang mendatang. Perjuangan mesti diteruskan. Insya Allah

Friday, March 7, 2008

Thursday, March 6, 2008

CALON PAS DUN MANJOI-N23



SEDARLAH BANGSA KU



LAST CALL

FAQs for 12th GE

Q1: What would happen IF no Chinese ministers in the cabinet?
A1: From past historical records saying that Chinese basic rights were eroded even with MCA ministers in the cabinet. MCA and Gerakan are toothless parties, they are no more relevant to the Chinese community. In the nutshell, with or without MCA/Gerakan ministers in the Cabinet make no different to Malaysian Chinese dilemma.

Q2: Why SPR withdrew indelible ink procedure in last minute?
A2: To let BN releases their phantom voters on 8 March 2008.

Q3: Why more personal attacks on Anwar Ibrahim in recent days?
Q3: BN is started worrying that Anwar may change the political landscape if urban Malays decide to revolt against UMNO. In addition, Chinese and Indian voters are very upset with Abdullah unfulfilled promises made in past GE besides other bread and butter issues.

BN cannot attack Anwar's popular poverty based-NEP, the next best option is launching a character assault against him.

Q4: Foreign investors want a 2/3 majority, but corrupted judiciary system and government?
A4: Indian government with slightly more than 50% seats in parliament does not drive away investors. Clean, effective and fair government is more important for foreign investors.


Why you should vote opposition party?

1. Too much power vested with a governing party will corrupt a government and a nation for sure.

2. Deny BN 2/3 absolute majority in the parliament.

3. Send a clear message to Abdullah that he failed miserably in last four years as Malaysian Prime Minister.

4. Say NO to UMNO NEP-aparthied policy, unchecked inflation, rampant crime and unjust society. Enough is enough!

LAST CALL

Last call for those undecided voters on who you shall vote in this Saturday.

To Malay Bumi voters:

- Only Malay themselves can topple a government and no other race can be PM without the support of Malays.

- If you vote opposition front, either an "anak Melayu" Anwar Ibrahim or another Malay leader from PAS will become a new PM. But this scenario is unlikely to happen soon with the present unfair Malaysian election system.

- If you vote BN meaning you have chosen a corrupted BN government like Indonesian Suharto regime. Don't crying when you and your grandchildren look back 30 years later on rampant corruption in the government and poor managed economy.

To Non-Malay Bumis voters:

- To prevent your religious right being eroded is say NO to BN.

- To prevent your native land and jobs being taken away by foreign illegal immigrants is say NO to BN.

To Chinese voters:

- You have chosen a monster-like UMNO in 1999 who bit back on you immediately after election. Don't repeat the same mistake in 2008.

- Don't be ill-treated and threaten continually by UMNO extremists for another 50 years.

- Don't be afraid of PAS Islamic state since UMNO's Islamic state is already proven more corrupted and unfair to non-Muslims.

- BN government is insulting non-bumi intelligence by distributing "petty goodies" before general election.

- If you vote BN, please don't complain on NEP, overcrowd Chinese school, body snatched away, rampant crime and corruption, etc.

To Indian:

- Since you have eaten chilli from BN for last 50 years, you shall know how spicy it was.

SOLAT HAJAT MEGA

Solat Hajat Mega akan diadakan Selepas Solat Jumaat hari ini:

Zon 1: Masjid Kg Tengku Hussein (Ust Wan Tarmizi)
Penduduk yang terlibat
Kg Manjoi, Kg Sg Tapah, Kg Dato Ahmad Said, Kg Tg Hussein
Tmn Kledang dan kaw. sekitarnya

Zon 2: Masjid Taman Meru (Ust Loqmanul Hakim)
Penduduk yang terlibat
Tmn Meru, Tmn Jati, Kg Jelapang Jaya, Meru Height, Pusat Commercial Tmn Meru, Banggunan PTDC, Meru Raya, Kg Ulu Chepor dan kaw. sekitarnya

Zon 3: Surau Diri Jumaat Tmn Klebang Jaya (Imam Zulkurnaini Ibrahim - Calon N23 Manjoi)
Pekan Chemor, Tmn Chemor Indah, Bandar Baru Klebang, Medan Klebang Restu, Klebang Putera, Tmn Klebang Jaya, Tmn Klebang Ria, Tmn Klebang Prima, Tmn Bertuah, Bt 6 Jln Kuala kangsar, Kg Tasek dan kaw. sekitarnya

Tuan-tuan & puan-puan di jemput untuk bersama-sama umat Islam untuk bermunajat dan memohon agar Allah memberi kemenangan kepada Islam khususnya di DUN Manjoi ini.

Tok Dalang

Ini bukti Umno tolak Islam!


Ini bukti Umno tolak Islam!

Mohd Sabri Said
Tue | Mar 04, 08 | 1:15:52 pm MYT

TASEK GELUGOR, 4 Mac (Hrkh) -Kalau dikatakan 'Islam Hadhari' ajaran sesat, melenting pimpinan Umno. Tetapi sekeping gambar yang dirakamkan ini sudah cukup untuk menjelaskan segalanya betapa Umno-BN tolak Islam.

Bagi mereka, Islam bukan ajaran dan pegangan hidup. Jika bukan Islam, siapakah mereka ini (Umno)? Apakah Islam Hadhari diiktiraf sebagai agama baru menggantikan Islam? Khalayak pembaca, terutama pengundi dan rakyat serta orang-orang Islam di negara ini lihatlah sendiri sandiwara yang cuba dimainkan oleh Umno.

Banner yang terpampang berhampiran Pejabat Umno Bahagian Tasek Gelugor dan di tepi jalan di Teluk Air Tawar, Butterworth menjelaskan siapakah ahli-ahli parti pimpinan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Umno dan Barisan Nasional (BN) sah ketandusan idea apabila terpaksa menulis banner 'Pergi Jahanam dengan Islam', 'Hidup Melayu' serta melukis gambar seekor khinzir bertentangan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Umno di parlimen ini terpaksa bekerja keras kerana calon baru, Tan Sri Nor Mohamad Yaacob belum dikenali ramai berlainan dengan tokoh sedia ada yang juga Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Dato' Seri Shariff Haji Omar.

Jadi, untuk memastikan jentera mereka bergerak lancar semua serangan tidak kira ia boleh menjatuhkan akidah, maruah seseorang tidak dipandang asalkan orang melihat kepada Umno seolah hanya satu pilihan.

Seorang pengundi Pekan Tasek Gelugor, Hasan Aziz berkata, Umno tidak wajar melukis gambar sedemikian rupa kerana ia menunjukkan mereka ketandusan perancangan.

Lagipun kempen seumpama itu hanya layak pada era 90-an kerana di era tahun 2000 risalah menerusi blog, internet dan sebagainya rancak dimainkan.

"Biarlah lawan secara terhormat bukannya melebarkan fitnah dengan melukis gambar yang bukan-bukan, " terangnya. - mks.

'Shout' telah digantikan dengan 'Cbox'

Salam Netters;

Kami telah menukarkan shout kepada cBox, yang sebelum ini tidak berapa stabil, kita cubalah dengan fasiliti ini, mungkin ada manfaatnya untuk kita.

Saya berharap kita dapat menggunakannya untuk mendapat redho Allah bkan kemurkaanNya.

Selamat Berchatting

Tokdalang

Wednesday, March 5, 2008

PROFIL CALON



EXPIRED

BANGSA KU



SEGALANYA BULAN


Nak puasa tengok anak BULAN..
Nak raya pun tengok anak BULAN..
Nak gaji kena tunggu akhir BULAN..
Nak bersalin kena tunggu cukup BULAN..
Dolah Badawi pun belanja juta-juta,

hantar Sheikh Muzaffar pergi ke BULAN..
Semua hal mesti ada BULAN..
Tak cukup BULAN, tak sempurna hidup
Sehingga Allahyarham P.Ramlee pun menyanyikan lagu "Engkau Laksana BULAN"
tak pernah pulak dia menyanyi lagu "Engkau Laksana DACING"
Dan yang paling penting, dalam pilihanraya pun ada lambang BULAN..
Jadi, masa mengundi pilihlah BULAN..
Kalau marah sekali pun kat BULAN..
pangkah aja BULAN.. (sebab dalam perkara-perkara yang kita tak suka, salah ke, kita buat tanda pangkah)

Berhati-hatilah Puteri UMNO Jangan Jadi Macam Ni


Pada 27/2/2008 jam l/kurang 9 malam saya telah menaiki m/kar yang menjemput saya dirumah alamat di atas untuk pergi ke bilik gerakan umno di tmn perdana muar. Dalam kereta tersebut saya bersama 2 lagi lelaki salah seorang daripadanya bernama Abas dan dalam perjalanan ke tmn perdana Abas telah menghulur tangannya seperti mahu bersalam kepada saya yang duduk di belakang dan saya menyambut salam tangannya dan kemudian abas telah meraba-raba bahagian peha saya dan sehingga menyentuh kemaluan saya. Saya berkata kepada Abas sekiranya masih meraba saya mahu terjun dari kereta. Kemudian saya telah mengadu perkara tersebut pada Abang Dolah iaitu pemuda umno tetapi Abang Dolah beritahu supaya tidak membesarkan isu ini dan tidak menghiraukan aduan saya. Saya juga dapat tahu nama sudah tiada dalam senarai puteri umno. Ketua Puteri umno bahagian nama Anum juga ada memberi amaran supaya saya tidak beritahu perkara tersebut pada orang dan membuat laporan polis serta menuduh saya yang bukan-bukan. Saya tidak berpuashati dengan tindakan Abas yang mencabul saya. Inilah laporan saya."

Kesian Mala Sudin


Tengok la netters sekalian... lembu betina pun marhkan kat puteri umno..

Tuesday, March 4, 2008

TERUSKAN PERJUANGAN


KUALA LUMPUR, 4 Mac: PAS mengarahkan jentera pilihan rayanya agar terus bekerja untuk menghadapi pilihan raya ini dan jangan sekali-kali memboikotnya kerana tindakan itu bermakna memasuki perangkap yang sedang dipasang oleh BN sekarang ini.

"Tindakan SPR ini adalah satu lambang kecemasan BN dalam menghadapi pilihan raya kali ini selepas merasai kekalahan yang bakal menanti mereka. Oleh itu kita mesti teruskan sehingga hari mengundi dan jangan terperangkap dengan strategi mereka," kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa yakin, pilihan raya ini bakal menjadi sejarah kerana BN akan kehilangan dua pertiga majoritinya kali ini. Ia sedang dirasai oleh seluruh rakyat negara ini hatta di negeri-negeri yang tidak pernah dimenangi PAS sebelum ini.

"Oleh itu, mereka sengaja membuat provokasi supaya pembangkang melenting dan memboikot pilihan raya," kata beliau sambil mengakui memang ada cadangan dari kalangan PAS sendiri agar pilihan raya ini diboikot.

Mustafa mengulas langkah SPR menarik balik cadangan untuk menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian berganda dalam pilihan raya ini.