Sunday, January 27, 2008

Kursus dan Demonstrasi Membuat Mee Kuning


Ipoh 27 Jan (Ahad) : Satu demonstrasi membuat mee kuning telah dianjurkan oleh PAS Kg Sri Klebang dan Squad BA, objektif program ialah untuk mendedahkan para peserta bagaimana untuk membuat mee kuning yang sekarang ini amat sukar untuk di dapati terutamanya keluaran bumiputera Islam. Program demonstrasi tersebut telah diadakan di Kampung Sri Klebang, dan telah menjemput seorang usahawan berjaya dalam pembuatan makanan Islam iaitu Tuan Syed Hisam Syed Hassan.

Penyertaan yang amat baik dan luar dari jangkaan, pihak penganjur terpaksa menambah lagi kerusi kerana penyertaan tersebut, ini menunjukkan masyarakat Kg Sri Klebang yang dahulunya fobia dengan parti pembangkang tetapi sekarang ini telah boleh menerimanya, satu perkembangan baik di dalam usaha Squad BA untuk memecah masuk ke kubu yang dikatakan "kubu kuat" UMNO.

Di samping menerangkan cara-cara membuat mee kuning, jenaka-jenaka ringan diselitkan oleh Tn. Syed dan menjadikan suasana amat mesra dan seronok. "Saya amat berterima kasih kepada pihak penganjur, kerana selama saya belum pernah didedahkan cara membuat mee ini dengan betul, dan sekarang lebih berasa yakin untuk membuatnya dan jika ada modal saya ingin mengeluarkan mee ini." kata Puan Rafidah iaitu salah seorang peserta yang hadir.

Di akhir program mereka telah mampu untuk menjamu hadirin dengan mee yang mereka usahakan walaupun tidak sampai 2 jam belajar cara-cara membuatnya, dengan kuah yang disediakan oleh Sdr Ramli selaku tuan rumah pada hari tersebut, pujian telah diberikan oleh para hadirin atas usaha membuat program ini. Dan cabutan nombor bertuah telah diadakan dan 6 buah mesin telah diberikan kepada kepada yang bertuah dan hadiah-hadiah telah disumbangkan oleh Imam Zul.

Di kesempatan yang amat terbatas itu Imam Zul telah memberikan sedikit ucapan dan intisari ucapannya ialah betapa pentingnya makan makanan yang baik dan halal, dengan ilmu yang ditunjuk ajar oleh pendemonstrasi di harap mereka tidak lagi membeli mee yang was-was pengeluarannya. -abudzar-

XPDC Semakan Daftar Pemilih






Ipoh, 13 Jan (Ahad) : Barisan Alternatif telah mengadakan satu program ekspedisi Semakan Daftar Pemilih di pasar pagi Kanthan, selain itu peserta-peserta mengedarkan risalah-risalah berkenaan dengan kebobrokan yang dilakukan oleh kerajaan BN, terutama akibat yang ditanggung oleh rakyat, yang paling ketara ialah kenaikan harga minyak dan akibatnya. Rata-rata penduduk di sana yang majoritinya kaum Cina, memang tidak selesa dengan kenaikan tersebut berikutan dari kenaikan itu semua barangan juga turut naik.

Kaunter semakan pada hari itu mendapat sambutan yang begitu memberansangkan, sehingga saat peserta ekspedisi untuk menutup kaunter masih ada lagi para pengundi datang untuk membuat penyemakan, apa ditanya mereka mengatakan tiada siapa pun melakukan seperti yang squad BA lakukan, dan terdapat beberapa pengundi amat terkejut kerana nama mereka telah dipindahkan ke Bercham tanpa keizinan mereka, yang mana pada PRU-11 mereka mengundi di sini.

Peserta Squad BA ini juga membuka untuk pendaftaran baru walaupun SPR telah menutup pendaftaran baru sejak 2 Jan yang lalu. Barisan Alternatif terutama dari PAS telah lama menggunakan sistem berkomputer dalam pilihanraya, yang mana UMNO baru hendak mengunakan dalam bilik-bilik gerakan mereka begitulah mundurnya sebuah parti yang memerintah negara ini, sedangkan mereka lebih banyak fasiliti dan peruntukan untuk membinanya.

Turut sama pada hari itu ialah Imam Zul dan beberapa pimpinan dari Parti keadilan Rakyat. Dan pada keesokan harinya Squad BA ini telah membuka kaunter yang sama di pasar malam kanthan, yang juga sambutan amat memberansangkan. abudzar.

Pemimpin Berjiwa Rakyat









Sifat seorang pemimpin yang bertaqwa ialah mereka disenangi oleh mereka yang dipimpinnya, mereka boleh makan sekali dan bersembang sekali, ini pemimpin yang diberkati oleh Allah S.W.T, tambahan pula pemimpin itu mempunyai akhlak dan ilmu agama yang mampu membawa pengikut dan rakyat kearah bertaqwa dengan mengingati akhirat dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Lawatan Ziarah Anak-anak OKU








Ipoh, 27 Jan (Ahad) : Satu kunjungan dan ziarah AF Imam Zul kerumah beberapa orang anak-anak OKU di kampung sri klebang, di dalam ziarah tersebut di samping memberi sedikit sumbangan beliau juga memberi semangat dan nasihat kepada ibu bapa keluarga yang kurang upaya tersebut.

Kampung Sri Klebang adalah salah satu daerah mengundi di dalam DUN Manjoi, dan di bawah Parlimen Tambun iaitu yang dimenangi oleh Dato' Husni Hanadzlah, kampung ini dikatakan adalah kubu kuat UMNO dengan mempunyai pengundi sekitar 4000 orang pengundi yang 95 peratus adalah melayu. Kampung ini yang dahulunya adalah setinggan. "Walaupun UMNO telah lama memimpin di sini, tetapi masih ramai lagi penduduk yang hidup melarat dan miskin,sebagai contoh masih ada lagi yang tinggal di tapak rezab JPS untuk mendiri pondok tempat berteduh." kata salah seorang penerima sumbangan yang disampaikan oleh Imam Zul.

Sejak kebelakangan ini telah ada sedikit keberanian dari kalangan penduduk untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan corak kepimpinan UMNO yang sekarang ini, mereka mengamalkan politik mengugut orang kampung dengan menarik balik geran yang diberikan kepada mereka selama ini, dan mereka menyifatkan mereka hanya datang bila hendak mengundi, hidup mereka masih dalam kedaifan walaupun Kampung Seri Klebang adalah begitu hampir dengan pusat pembanggunan Meru Raya yang jauhnya tidak sampai 2 kilometer.

Imam Zul juga sempat menziarahi beberapa orang Al-Mala' yang dahulunya "orang kuat" UMNO, yang mereka berjanji akan memberi sokongan dalam PRU-12 akan datang dengan tujuan untuk mengajar UMNO supaya sedar mereka menang adalah dengan tangan-tangan mereka yang memberi undi. -abudzar-

Tuesday, January 22, 2008

Menjelang PRU12: Aku Bimbang Keselamatan Anakku, Anda Bagaimana?

Anak ManjaPosted on Monday, January 21 @ 22:53:38 MYT by SongkokPutih
Oleh mujahid304






"Sedikit renungan melalui e-mail yang saya perolehi..

Assalamualaikum, "Aku punya anak manja, seorang lelaki berumur 8 tahun. walaupun tidak byk bercakap dgn ku tapi selalu datang meleset, datang memeluk ku, tanda manjanya. Maklumlah anak bongsu 7 tahun sebelum mendapat adik. Baru baru ini kubelikan beliau basikal, Enak, seronok berlegar legar.

Aku tinggal di kaw upper middle class, agak sunyi dan tidak byk kereta lalu didepan rumah. Maka seronok sungguh anak ini bermain basikal di depan rumah. Rasanya ramai ibubapa kalangan kita gembira bila anak kita aktif. TAPI BARU BARU ini, terbit rasa bimbang dlm hati. Bimbang anak ini diculik. Penculik hari ini bukan minta tebusan, tetapi penculik psyco, yg tidak kita ketahui apa yg mereka mahu..... Perasaan ini tidak pernah timbul dalam diriku"

Pembaca sekelian, itu kisah benar coz itu adalah aku. Mungkin kalian juga merasa demikian.. Penjenayah sudah merata dan melata. Penjenayah begini tidak makan CCTV atau polis. Kalau setakat CCTV, muka boleh diubah, misai boleh ditebalkan, janggut boleh diletak panjang, hidung boleh dimancungkan, topi kledar menutup semua. Tak ada hall dgn CCTV. Polis...boleh blah.. Dgn polis hari ini yg penuh dgn korupsi dan hati sebusuk tahi lembu, apa yg boleh diharap. Yang baik hanya segelintir. Mereka pun round ikut waktu tetap yg mudah di cam waktunya... Aku tahu coz polis selalu round kaw kami. Ahhhh...polis...Ketua Tertingginya adalaha dari hasil pengangkat tilam ...apa yg nak diharapkan...

Menteri perempuan boleh laa cakap "Jgn lepa anak kita". Isteri baru PM boleh laah kata " kena cari cepat cepat". PM boleh lah cakap lulus bajet utk cctv. well dari tiada lebih baik ada.. TAPPII mereka boleh cakap....

Mereka duduk kawasan besar. Anak cucu boleh berlegar legar dalam kawasan halaman rumah. KITA BAGAIMANA. Dari pintu pagar, jalan 20 langkah dah sampai ke pintu masuk rumah. Dari pagar kiri, jalan 20 langkah, dah sampai pagar kanan. Belakang rumah serabut dgn barang..
Itu besarnya kawasan rumah kita.. Depa..bapak dan mak menteri...well..ramai sponsor yg sanggup beri..

Khalifah Islam Had hari pun tak boleh buat apa hari ini...

Pembaca sekelian. Hati nak buat jenayah tidak makan dgn cctv atau polis. Hati adalah milik tuhan. Bila negara tidak ada barakah, maka hati hati didalam nya jadi caca merba..Buat laa apa saja, hati jenayah akan timbul. Hanya dgn barakah Allah hati itu akan tenang. Inilah yg dinamakan barakah. Inilah yg rasullullah katakan seorang wanita travel begitu jauh seorang diri tetapi selamat sampai. Ini lah satu negeri barakah yg kita idamkan kalau kita tahu.

Bagaimana negara nak ada barakah ALLah bila pemimpin nya sibuk dgn korupsi. Pemimpin yg membesarkan perut, mengayakan menantu dan anak.

Saya tahu anda, ramai yg telah mengundi mereka. Malah anda tidak ada hati untuk beralih kepada sesiapa kerana:

MEREKALAH SAJA YG TAHU MEMERINTAH, org lain dungu
MEREKALAH SAJA YG BOLEH MENJAGA REZKI KITA, org lain akan buat kita lapar.
MEREKALAH SAJA PEJUANG NEGARA, org lain hampas
MEREKALAH SAJA MENJAGA ISLAM, org lain tak bina masjid.
MEREKALAH SAJA MENJAGA KESELAMATAN NEGARA...org lain tak tahu..
KITA TERPAKSA UNDI MEREKA, kerana akujanji
KITA TERPAKSA UNDI MEREKA, .. sebab kita tak nak berjudi ..
MEREKA SATU SATUNYA CARE ORG MELAYU... org lain takk...
MEREKALAH PEJUANG BANGSA...org lain hanya pejuang jalanraya...

Saya menghormati undi anda...Dan mungkin dunia akan terbalik jika anda mengundi org lain..

Tapi kalau anda mahu ikut, inilah satu nasihat kepada kakak saya yg dah berumur 60, "DAH LAA KAK, tak payah lah gi ngundi kali ini, Cukup lahhh" .

Oleh itu kalaupun anda terlalu jijik utk undi orang lain, JANGAN LAH TURUN MENGUNDI KALI INI.

kakak saya yg telah bertahun tahun undi depa mengatakan ' byk benda yg rasa kecewa'.
Tolong laahh...jgn bagi mereka menang besar sgt...menang besar sgt mcm dulu..menyebabkan mereka lupa diri... dan mangsanya ialah kita, anak, cucu, adik, kakak abg kita...

Mari kita tingkatkan ilmu untuk belajar criteria mendapat satu kerajaan yang mendapat barakah Allah.

kunjungilah blog
www.jasindaily.blogspot.com


Friday, January 18, 2008

PAS Tambun anjur Malam Jasa Dikenang, Kejayaan Dirai

Johari Jaafar
Wed | Dec 19, 07 | 2:42:42 pm MYT

IPOH, 19 Dis (Hrkh) - PAS Kawasan Tambun akan mengadakan jamuan malam malam sekaligus memberikan anugerah dan pengiktirafan kepada cawangan teraktif dalam satu majlis yang dinamakan Jasa Dikenang, Kejayaan Dirai pada 27 Disember ini.

Majlis tersebut akan diadakan di bandaraya Ipoh.

Menurut Setiausahanya, Ahmad Khair Faizal, majlis yang bakal diadakan nanti merupakan majlis kali kedua yang dianjurkan oleh PAS kawasan bagi mengiktiraf cawangan terbaik, keluarga PAS terbaik serta anugerah khas pendidikan.

"Seperti majlis yang pertama dahulu, PAS kawasan juga akan menyampaikan pengiktirafan kepada bekas-bekas calon PAS yang bertanding pada pilihanraya umum ke 11 yang lalu," ujar beliau.

Malam Jasa Dikenang, Kejayaan Dirai yang akan diadakan nanti turut memberikan pengiktirafan dan anugerah kepada Unit Amal Tambun serta guru PASTI terbaik bagi kawasan Tambun.

"Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang dijadualkan akan merasmikan program tersebut serta menyampaikan anugerah kepada mereka yang terpilih," katanya.

PAS Kawasan Tambun turut juga menjemput beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya yang berada di Ipoh serta wakil-wakil masjid-masjid dan surau-surau yang disenaraikan oleh PAS kawasan, katanya lagi.- mr

Menjelang pilihan raya: Umno Manjoi jaja beberapa projek kilat

Johari Jaafar
Wed | Jan 16, 08 | 12:17:21 pm MYT

IPOH, 16 Jan (Hrkh) - Menjelang pilihan raya umum ke-12 beberapa `projek kilat' akan dibina di kawasan Dun Manjoi bagi menarik undi daripada pengundi-pengundi di kawasan berkenaan.

Antaranya Projek Cadangan Membina Gerai Rakyat Kampung Tengku Hussein, Mukim Hulu Kinta, daerah Kinta, yang dahulunya sudah lama `dijaja' oleh Umno kini mula dijadikan `projek pilihan raya' oleh Umno Bahagian Tambun.

Ini kerana papan tanda yang dahulunya tegak berdiri sebelum ini sudah lama dikeliling oleh semak samun sehingga ia menjadi tanda tanya kepada penduduk di sini bilakah projek tersebut akan dilakukan.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun, Zairul Azrun zainal Abidin, ketika meninjau tapak cadangan projek berkenaan.

"Biasalah dekat dengan pilihan raya adalah pembinaan batu asasnya, semuanya hendak menarik perhatian pengundi," ujarnya.

Beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, kawasan semak samun tersebut telah dibersihkan dan diratakan. Satu lagi papan tanda baru didirikan di tempat yang sama.

Papan tanda yang baru tersebut jelas memamparkan tentang cadangan pembanguynan 13 unit rumah kedai dan kerja-kerja infrastuktur di atas tanah kerajaan Kampung Tenghu Hussein, Manjoi, Mukim Hulu Kinta dalam daerah Kinta.

Projek tersebut bakal dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang beralamat di Wisma Wan Mohammad, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh, Perak.

Di samping itu terdapat lagi `projek pilihan raya' yang akan dijaja oleh Umno, iaitu pembinaan bangunan di tapak pasar awam Kampung Tengku Hussein dan juga pembinaan pasaraya Mydin yang akan dibina pada pertengahan tahun ini yang dikatakan untuk kemajuan penduduk Gugusan Manjoi.

Zairul mengingatkan para pengundi khussusnya di Dun Manjoi agar tidak mudah tertipu dan terpesona dengan 'janji-janji manis' Umno, sebaliknya membuat pilihan yang bijak pada pilihan raya umum ke-12 kelak. - mns

Thursday, January 17, 2008

Tuesday, January 8, 2008

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...


DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429

Seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tambun, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun dan Dewan Muslimat PAS kawasan Tambun ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429. Semoga tahun ini membawa lebih kerahmatan untuk semua rakyat Malaysia dan menghapuskan semua yang bathil. - Amin Ya Rabbul Alamin

Monday, January 7, 2008

Majlis Penyampaian Keperluan Sekolah & Fakir Miskin

IPOH, 11 Jan (Hrkh)- PAS Kawasan Tambun berjaya menembusi kubu kuat Umno dengan bertindak menyelami pendeitaan ibu-ibu tunggaL yang kini hampa dan kecewa dengan Umno yang tidak memperjuangkan nasib golongan tersebut.

Khidmat HarakahDaily.Net melalui wap ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelengaraan. Harap Maklum.

Berikutan itu satu majlis penyampaian sumbangan kelengkapan sekolah dan barangan keperluan harian rumah telah diadakan di Kampung Sri Klebang untuk disampaikan kepada ibu-ibu tunggal.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Zulkarnain Ibrahim Bekas Imam Masjid Masjid Negeri Perak, yang juga Pegawai Penerangan dan Dakwah PAS Kawasan Tambun.

"Kampung Sri Klebang adalah kubu kuat Umno yang sekian lama yang sukar ditembusi, tetapi melalui seorang ibu tunggal yang sudah hampa dan berputus asa dengan Umno di sini beliau telah memberi ruang kepada PAS Tambun untuk mengadakan majlis yang meriah seperti ini", kata Ketua Dewan Pemuda PAS Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin.

Beliau bangga dengan kehadiran hampir 200 orang termasuk seramai 30 orang pelajar dan 30 orang fakir miskin telah menerima sumbangan dari PAS Kawasan Tambun.

Peruntukan telah diberikan kepada seorang fakir miskin yang ingin berniaga dengan diberi modal mudah sebanyak RM300 sebagai bantuan permulaan.

Kampung Sri Klebang mempunyai hampir 4000 pengundi Melayu yang dulunya penduduk setingan yang sentiasa dalam keadaan serba kekurangan.

Penduduk di sini cukup kecewa dengan Umno dan menyifatkan Umno sebuah parti yang tidak boleh diharapkan lagi untuk membela orang-orang Melayu khususnya golongan miskin dan kurang berkemampuan, katanya.

Bercakap dalam majlis itu Ustaz Zulkarnain berharap majlis yang seperti itu akan dapat diadakan lagi masa lagi pada masa akan datangdatang untuk membantu golongan kurang berkemampuan

Bagi membela mereka yang kurang kemampuan, kursus membuat mee kuning akan diadakan sedikit masa lagi untuk fakir miskin yang ingin mengubah nasib mereka dalam bidang perniagaan mee kuning.

Kursus tersebut akan disampaikan oleh pengusaha yang berjaya di sekitar Ipoh dan Parit. - mr




Perlawanan Bola Sepak Merdeka Pemuda Tambun 2007

November 2007 - TAMBUN : Menjaga kesihatan agar sentiasa sihat dan dari itu dapat melakukan ibadat kepada Allah adalah satu amalan yang mulia. Tubuh badan yang sihat akan melahirkan minda yang sihat yang dapat menilai dengan waras akan kebaikan dan kebatilan. Bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 50, Lujnah Kebudayaan & Kesukanan telah berusaha mengadakan satu perlawanan bola sepak bertempat di padang Lintau, Kampong Tengku Hussein Baru.

Sebanyak 6 pasukan telah mendaftarkan diri untuk perlawanan ini. Hadiah yang ditawarkan ialah berupa piala beserta wang tunai sebanyak RM1600 ringgit. Perlawanan yang bermula jam 9.00 pagi telah berlangsung dengan penuh disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Al Fadzil Ustaz Zulkarnain selaku Pegawai Penerangan & Dakwah PAS Kawasan Tambun.