Sunday, January 27, 2008
Lawatan Ziarah Anak-anak OKU
Ipoh, 27 Jan (Ahad) : Satu kunjungan dan ziarah AF Imam Zul kerumah beberapa orang anak-anak OKU di kampung sri klebang, di dalam ziarah tersebut di samping memberi sedikit sumbangan beliau juga memberi semangat dan nasihat kepada ibu bapa keluarga yang kurang upaya tersebut.
Kampung Sri Klebang adalah salah satu daerah mengundi di dalam DUN Manjoi, dan di bawah Parlimen Tambun iaitu yang dimenangi oleh Dato' Husni Hanadzlah, kampung ini dikatakan adalah kubu kuat UMNO dengan mempunyai pengundi sekitar 4000 orang pengundi yang 95 peratus adalah melayu. Kampung ini yang dahulunya adalah setinggan. "Walaupun UMNO telah lama memimpin di sini, tetapi masih ramai lagi penduduk yang hidup melarat dan miskin,sebagai contoh masih ada lagi yang tinggal di tapak rezab JPS untuk mendiri pondok tempat berteduh." kata salah seorang penerima sumbangan yang disampaikan oleh Imam Zul.
Sejak kebelakangan ini telah ada sedikit keberanian dari kalangan penduduk untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan corak kepimpinan UMNO yang sekarang ini, mereka mengamalkan politik mengugut orang kampung dengan menarik balik geran yang diberikan kepada mereka selama ini, dan mereka menyifatkan mereka hanya datang bila hendak mengundi, hidup mereka masih dalam kedaifan walaupun Kampung Seri Klebang adalah begitu hampir dengan pusat pembanggunan Meru Raya yang jauhnya tidak sampai 2 kilometer.
Imam Zul juga sempat menziarahi beberapa orang Al-Mala' yang dahulunya "orang kuat" UMNO, yang mereka berjanji akan memberi sokongan dalam PRU-12 akan datang dengan tujuan untuk mengajar UMNO supaya sedar mereka menang adalah dengan tangan-tangan mereka yang memberi undi. -abudzar-