Thursday, February 28, 2008
Wednesday, February 27, 2008
WAKIL RAKYAT ANDA
SURAT LAYANG
UMNO/BN SELEWENG
Zain el-Din Hashimi Wed | Feb 27, 08 | 3:38:06 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) – Tinjauan Harakah mendapati para pemimpin Umno/BN telah melakukan banyak penyelewengan bagi memastikan mereka menang dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac ini, sekali gus memerintah negara. Penyelewengan yang dilakukan bukan sahaja menggunakan media cetak (surat khabar), media eletronik (stesen tv, radio), malah terkini menggunakan segala kemudahan awam seperti papan-papan iklan (billboard) di lebuh raya, stesen LRT dan sebagainya. Inilah tindakan tidak bertamadun Umno, menggunakan apa sahaja walaupun melanggar etika dan arahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid minggu lalu yang memberi amaran keras kepada mana-mana parti politik yang bertanding agar tidak menggunakan kemudahan awam. Kerakusan pemimpin Umno/BN berkempen untuk pilihan raya kali ini tidak mengikut tempoh seperti yang telah ditetapkan kerana mereka telah berkempen sakan sebelum tarikh pembubaran parlimen. Menjelang hari pembuangan undi, Malaysia tidak lagi diperintah oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, tetapi ditadbir oleh kerajaan sementara, justeru mereka tidak boleh menggunakan jawatan seperti Perdana Menteri atau timbalannya, mereka hanya boleh sebut Pengerusi Umno atau BN. Dalam tempoh tersebut mereka tidak berkuasa hingga sampai hari mengundi. Maka mereka tidak boleh muncul dalam televisyen, kalau mereka dibenarkan, pembangkang juga mesti juga boleh berbuat demikian, tetapi semua itu mustahil boleh berlaku, semua pegawai di mana-mana jabatan bagaikan petugas BN untuk memastikan kemenangan parti itu. Seorang pengguna LRT yang ditemui menegaskan, kerajaan pimpinan Umno/BN sudah tidak lagi relevan, kalau di Thailand, Pakistan parti pembangkang boleh meraih kemenangan dengan berhadapan parti pemerintah dalam pilihan raya, angin kemenangan itu juga tidak mustahil akan bertiup pada 8 Mac di Malaysia. "Saya berkata demikian kerana tidak berpuas hati mereka menggunakan segala kemudahan awam tanpa batasan, sedangkan pilihan raya saya ibaratkan macam peperangan, dari segi logiknya, tentera yang memiliki segala persenjataan canggih akan menang berbanding dengan tentera yang hanya menggunakan senapang patah, tetapi Allah penentu pada 8 Mac nanti," tegas beliau dengan nada kesal. Pendapat beliau itu disokong oleh seorang Pengurus Besar sebuah syarikat swasta yang tidak mahu dikenali Beliau kesal dengan tindakan pihak berkuasa. Katanya tidak cukup dengan itu semua, mereka menjadikan para pegawai SPR sebagai balaci khususnya pada hari penamaan calon 24 Februari lalu. Katanya lagi, beliau mendapat maklumat terdapat seorang calon pembangkang (PAS) yang bertanding di salah sebuah Dun di Selangor ditawarkan sejumlah wang dari calon BN agar menarik diri supaya tidak bertanding sebelum jam 3.00 petang tadi (Rabu 27 Feb). Menurutnya, jika semua calon bertanding secara ‘gentlement’ dalam pilihan raya tanpa bantuan SPR, media cetak atau eletronik tidak berpihak mana-mana, rasanya ia satu kemenangan yang amat berharga kerana pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil. - Inilah negara demokrasi lagi Islam Hadhari ala Malaysia. |
Tuesday, February 26, 2008
PANAS!!!! BANGGUNAN PKNP DI SITA
Peguam sedang, memberi penerangan proses sita hari ini kepada wakil peguam PKNP,
Banggunan PKNP yang telah meniti pemimpin yang rakus & tamak, menjual tanah di Perak, kerana kerakusan ini, memerangkapkan diri mereka sendiri.
Kelihatan kakitangan PKNP berpusu-pusu meninggalkan banggunan yang akan di sita hari ini.
Monday, February 25, 2008
Gambar sekitar penamaan Calon Imam Zul
Friday, February 22, 2008
SILA BAWA SEJADAH UTK SOLAT HAJAT ESOK!!
Tok Dalang
Inilah bukti keangkuhan UMNO & BN.
SEMAKIN KUKUH BN, SEMAKIN LEMAH ORANG MELAYU
Dalam suratnya kepada Harakah, Azmi menulis:
Dikala isu tuntutan satu kaum di negara ini mendapat perhatian dan liputan luar biasa, kami bertanya apakah suara bangsa Melayu yang sudah sekian lama diketengahkan tidak diendahkan?
Jika benar pihak kerajaan peka dan mengambil berat kebajikan semua kaum di negara ini, kenapa ada perbezaan layanan tatkala kaum Melayu ingin membuat tuntutan yang sebenarnya jauh lebih munasabah dan rasional.
Suara Melayu yang menuntut agar pihak kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang sedia ada untuk membela nasib orang Melayu yang tertindas dan terpinggir tidak diendahkan.
Dalam hal ini tidak keterlaluan jika kami menganggap bahawa wujud semacam satu diskriminasi kepada bangsa Melayu sendiri tanpa disedari. Cuba lihat beberapa realiti berikut:
1) Masyarakat Melayu menuntut agar pengantar bahasa Inggeris untuk pengajaran Matematik dan Sains segera dikembalikan kepada bahasa Melayu. Suara ini datang bukan dari orang biasa malah dari golongan cendekiawan. Malah suara ini diungkapkan dalam perhimpunan parti pemerintah sendiri. Alasan bahawa negara perlu mendidik rakyatnya menguasai ilmu melalui bahasa Inggeris sudah dihujahkan sebagai tidak benar. Akan tetapi pihak berkuasa terus menolak tuntutan tersebut dan berbelanja jutaan ringgit untuk melaksanakan dasar yang bercanggah dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
2) Masyarakat Melayu juga menyuarakan kedudukan hartanah Melayu yang kini dihimpit pembangunan. Tanah milik orang Melayu menjadi sasaran pengambilalihan kerajaan bagi pihak pemaju. TRM (Tanah Rizab Melayu) terus menguncup apabila diambil untuk memberi laluan kepada pembangunan. Malah banyak TRM yang tidak diganti sedangkan ia suatu keperluan dalam Perlembagaan Persekutuan.
3) Sistem meritokrasi yang telah menghentikan pertimbangan kuota Melayu dalam kursus-kursus kritikal di IPT, kini telah mengakibatkan bilangan pelajar Melayu menurun. Suara beberapa ahli akademik Melayu yang meneliti wujudnya trend yang merugikan bangsa Melayu juga tidak diendahkan oleh pihak berkuasa. Atas nama persaingan, sistem ini dipaksakan ke atas orang Melayu walaupun ada cara lain yang boleh dilaksanakan agar orang Melayu tidak terus terpinggir.
4) Masyarakat Melayu juga gusar dengan dasar pemberhentian bantuan per kapita kepada SAR (Sekolah Agama Rakyat) yang diganti dengan pengambil-alihan melalui skim Sekolah Bantuan Kerajaan. Akan tetapi kehendak sekolah agama yang mahu berjalan sendiri terus dinafikan dari bantuan kewangan padahal pelajar yang berada di SAR adalah 100 peratus orang Melayu dan terbukti ada SAR yang cemerlang walaupun diuruskan sendiri oleh pihal lembaga masing-masing.
5) Masyarakat Melayu sangat gusar dengan bercambahnya lesen dan permit hiburan yang mengakibat generasi muda Melayu terjebak dengan acara hiburan tanpa henti. Sudah banyak aduan dan suara bantahan dibuat termasuk oleh mufti sendiri bagi mengawal program hiburan yang melampau. Namun ternyata suara ulama dan orang Melayu tidak diambil peduli.
6) Bila bangsa Melayu melahirkan suara bantahannya terhadap kumpulan yang biadap terhadap Islam dan institusi Islam di negara ini, orang Melayu dingatkan agar jangan fanatik dan bersikap esktrim. Padahal orang Melayu hanya mahu agar maruah agama dan bangsa tidak dipersenda oleh orang lain.
Demikianlah sebahagian rungutan orang Melayu yang tidak punya harga disisi pemerintah. Yang nyata pihak berwewenang tidak melihat suara bangsa ini perlu diambil perhatian serius.
Kami merasakan sebenarnya wujud diskriminasi yang lebih serius kepada bangsa Melayu. Hanya kerana pihak pemerintah merasakan bahawa orang Melayu tidak punya masalah besar untuk terus setia dengan status quo yang ada, maka mereka tidak merasa perlu mendengar rintihan bangsa Melayu.
Itulah sebenarnya realiti yang kita hadapi sekarang ini. Tetapi ia tidak langsung menginsafkan pemuka-pemuka Umno yang lebih berminat untuk terus berkuasa daripada melihat nasib bangsa terbela.
Semakin kukuh BN; semakin lemahlah orang Melayu!
TEAM IMAMZUL BUAT PEMERIKSAAN PERCUMA
Sambutan orang ramai memang amat mengalakan, "Lu lain hari mari lagi aaa.." kata seorang pengunjung kaunter TEAM IMAMZUL dengan pelat cinanya.
DIMANA LETAK DEMOKRASI DAN ISLAM HADHARINYA..???
Dalam negara yang dikatakan mengamalkan dasar DEMOKRASI lagi ISLAM HADHARI.. tapi itukah hakikatnya di Malaysia ini? Kita ambil skop pilihanraya di Malaysia, yang amat penting untuk rakyat memilih dan menentukan siapa yang bakal memimpin kita nanti. Yang akan membawa kita semua kepada satu tamadun yang dikatakan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Apakah definasi demokrasi :
Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka istilah DEMOKRASI ialah : (démokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;
Dalam wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas istilah demokrasi di ertikan sebagai :
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:
- Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
- Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
- Rakyat diberi hak mengundi
- Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
- Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
- Kebebasan persatuan
- Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
- Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik
Kalau betul-betul anak jantan, tunjuk kejantanannya. Sama-sama beradu tenaga dengan adil lagi saksama. Atas platform yang sama rata. Jangan jadi parti bacul, mengikat semua kaki tangan, menutup mulut, mata dan telinga parti lawan kemudian hentam habis-habisan. Adooiiiii... nampak sangat penakut dan lemahnya parti yang memerintah. Dah 50 tahun, masih takut kepada kekalahan dan rakus kepada kekayaan.
Thursday, February 21, 2008
RAMALAN TERSASAR
Ini bermakna UMNO memang sudah ketandusan calon untuk diketengahkan walaupun Dato' Nadzri memang tiada tempat lagi di hati rakyat khususnya di DUN Manjoi. Melalui responden umum yang dilakukan oleh beberapa orang sukarelawan, sekitar 2,000 orang penduduk sekitar DUN Manjoi rata-rata mereka tidak kenal dengan wakil rakyat mereka dan amat kecewa dengannya.
AGENDA PERARAKAN CALON PAS & PKR PRU-12
Dimaklumkan para netters sekalian berikut, adalah agenda perarakan calon PAS & PKR PRU-12 nanti :
Tarikh : 24 Februari 2008 (Ahad)
7.30 pg. - Berhimpun di Masjid Al-Muttaqin Tmn Meru - Solat Hajat (bagi yang muslim)
8.00 pg. - Perarakan calon bermula dan menuju ke ILP Jelapang - Proses penamaan calon.
1.00 tgh. - Bersurai
TAKBIR...!!!
Wednesday, February 20, 2008
KALAU IYA PUN.. MALU LA SIKIT
Apa yang tak kenanya pada saudara kita ni yang segak berpakaian Melayu, pada gambar hiasan diatas ini.
Bukan nak buruk sangka tapi kalau iya pun si saudara kita nie nak tukar duit raya ke... nak tanya jalan ke.. atau apa-apa ke (atas perkara yang baik-baik sahaja).. setidak-tidaknya... carilah tempat yang lebih sesuai dengan imej yang kita bawa tu. Kalau tak malu kat Allah pun, malu la sikit kat manusia yang melihat gelagat kita. Cara berpakaian tak salah, malah nampak segak. Samada niat dia baik atau pun tidak, kita tak tahu. Hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui apa sebenarnya yang tersirat disebalik gambar hiasan diatas.
Begitu juga dengan halnya tentang mereka-mereka yang hendak memperjuangkan atau menegakkan agama Islam agar dapat dijadikan perundangan negara atau pun rujukan dalam setiap aspek kehidupan kita. Janganlah mereka-mereka ini ditentang selagi apa yang hendak dibuat itu tidak berlawanan dengan Al-Quran dan As-Sunnah - dua sumber rujukan yang terbesar. Malu la sikit kepada mereka-mereka yang menentang perjuangan Islam ini, walhal kita ni sah agamanya agama Islam.
ADA SESIAPA NAK JAWAB?
MIND
BOLEH MAIN, BUT JANGAN MAIN-MAIN & LOSE YOUR MIND!
See the Latest on the Mind Boggling!
EINSTEIN IS KNOWN FOR HIS GENIUS MIND
NEWTON FOR HIS EXTRAORDINARY MIND
BILL GATES FOR A BRILLIANT MIND
TUN M AS THE MASTERMIND
ABDUL.. BAD.. ???? NEVER MIND
MR. SAM VELU HMMMM????? ALL IS MINE
LATEST ......
WHEN SHE LIFT UP HER SKIRT, I LOST MY MIND
SAID HEALTH MINISTER DR. CHUA SOI LEK
BILIK GERAKAN BN CURI AIR RAKYAT
Monday, February 18, 2008
KEMERIAHAN & KEHANGATAN
"Pilihanraya ini kalau nak dikirakan menang berdasarkan bendera, BN akan menang tetapi kalau berdasarkan matlamat dan halatuju saya yakin PAS akan menang, jadi orang Manjoi kena berfikiran waras dan gunakan ilmu yang kita belajar selama hari ini.." kata Hj Hamid, seorang peniaga di sekitar Kg Manjoi ini.
"Maklumat juga penting. Banyak maklumat dirahsiakan kepada rakyat tentang segala macam kepincangan yang berlaku masa kini. Orang yang terdedah kepada banyak maklumat ini sahaja yang dapat menilai baik buruk. Kemudian gunakan fikiran yang waras dan ilmu yang ada untuk menilainya dengan lebih mendalam lagi".tambah beliau.
Ini terbukti benar apabila pengundi di kawasan bandar di Sabah pada pilihanraya yang lalu telah dimenangi oleh pembangkang sebanyak 9 kerusi yang kebanyakkan mereka ini terdedah kepada maklumat yang diperolehi melalui internet dan juga media massa yang lain. Bagi penduduk luar bandar, maklumat yang diperolehi hanyalah melalui tv atau radio sahaja yang banyak memihak kepada kerajaan pimpinan BN. Inikah dia pemerintahan demokrasi lagi Islam Hadhari..???? Wallahualam
Sunday, February 17, 2008
MASALAH BIASA DALAM BN
PEMIMPIN BESAR ISLAM HADHARI BENARKAN MURTAD?
Walau apapun.. bagaimana sekiranya berita ini benar? Anda fikir-fikirkanlah.. kesan dan risiko bakal pimpinan yang sebeginikah yang bakal anda pilih nanti untuk memimpin negara..????
Timbang-timbanglah lagi....
Saturday, February 16, 2008
LAKUKAN PERUBAHAN - ISLAM UNTUK SEMUA
Sebagai mereka yang mengaku beragama Islam, segala suruhan dan larangan atau apa-apa jua tuntutan didalam Kitab Al-Quran akan kita patuhi dengan keyakinan yang tinggi dan tulus ikhlas tanpa sebarang bantahan. Itu sewajibnya.
Yang nak dikatakan hairan tu, ada golongan mereka yang mengaku beragama Islam ini tidak yakin akan apa yang ada termaktub didalam Al-Quran itu dapat menjadikan manusia lebih bertamadun, lebih maju kehadapan, lebih baik dalam segalanya yang mencakupi perjalanan seharian kehidupan manusia. Yang menjunjung Al-Quran dihina.. dikatakan tidak mahukan kemajuan, pembangunan dan akan menjadi lebih jumud. Hmmmm..... bersambung..
Friday, February 15, 2008
Makan Malam Dengan Kaum Tioghua Kg Kuala Kuang
Kawasan Kuala Kuang adalah antara salah satu kawasan kubu kuat BA pada pilihanraya yang lalu dalam Parlimen Tambun.
Thursday, February 14, 2008
Perasmian Blog ImamZul
Sebelum itu satu penerangan telah disampaikan oleh Ketua Moderator pembikinan blog tersebutyang melibatkan beberapa orang sukarelawan yang berada di seluruh negara, mereka adalah terdiri dari anak-anak tempatan yang tinggal di luar Perak yang turut menyumbangkan peranan untuk memenangkan PAS di DUN Manjoi ini khususnya. Allah Hu Akhbar
Wednesday, February 13, 2008
Dihormati Kawan Dan Lawan
Imamzul amat dihormati oleh kawan & lawan, beliau dianggap oleh YB Nazri sebagai 'Tok Gurunya', Dengan sifat yang waraq yang ada pada beliau, Imamzul sangat disenangi oleh sesiapa jua samada yang tua mahupun yang muda.
Imamzul adalah Bekas Imam Besar Masjid Negeri Perak dan Tokoh Imam Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak tahun 1423/2002, jiwa dan kefahaman Islam yang kukuh dan mantap akan berjaya membawa masyarakat dari ruang kejahilan dan kegelapan kepada umat yang mentaati akan segala perintah Allah S.W.T.
ImamZul Sehari Bersama Warga Manjoi
Beliau juga turut meluangkan masa untuk bersama-sama menyelami masalah peniaga-peniaga di pasar Kg. Sg. Tapah. Apakah yang akan berlaku sekiranya Pasaraya Maiden dibuka nanti. Adakah peniaga-peniaga runcit disekitar kawasan Manjoi akan dapat bertahan dan berlawan harga dengan pasaraya Miaden yang kita semua tahu menjual barangan dengan harga yang jauh lebih murah. Tunggu dan lihat kesannya.