Monday, February 18, 2008

KEMERIAHAN & KEHANGATAN


Kemeriahan & Kehangatan PRU-12 semakin terasa bahangnya apabila semua parti politik yang akan bertanding sudah mula menaikkan bendera dan sepandok masing-masing.

"Pilihanraya ini kalau nak dikirakan menang berdasarkan bendera, BN akan menang tetapi kalau berdasarkan matlamat dan halatuju saya yakin PAS akan menang, jadi orang Manjoi kena berfikiran waras dan gunakan ilmu yang kita belajar selama hari ini.." kata Hj Hamid, seorang peniaga di sekitar Kg Manjoi ini.

"Maklumat juga penting. Banyak maklumat dirahsiakan kepada rakyat tentang segala macam kepincangan yang berlaku masa kini. Orang yang terdedah kepada banyak maklumat ini sahaja yang dapat menilai baik buruk. Kemudian gunakan fikiran yang waras dan ilmu yang ada untuk menilainya dengan lebih mendalam lagi".tambah beliau.

Ini terbukti benar apabila pengundi di kawasan bandar di Sabah pada pilihanraya yang lalu telah dimenangi oleh pembangkang sebanyak 9 kerusi yang kebanyakkan mereka ini terdedah kepada maklumat yang diperolehi melalui internet dan juga media massa yang lain. Bagi penduduk luar bandar, maklumat yang diperolehi hanyalah melalui tv atau radio sahaja yang banyak memihak kepada kerajaan pimpinan BN. Inikah dia pemerintahan demokrasi lagi Islam Hadhari..???? Wallahualam