Friday, February 22, 2008

DIMANA LETAK DEMOKRASI DAN ISLAM HADHARINYA..???

Gambar sekadar hiasan sahaja
Dalam negara yang dikatakan mengamalkan dasar DEMOKRASI lagi ISLAM HADHARI.. tapi itukah hakikatnya di Malaysia ini? Kita ambil skop pilihanraya di Malaysia, yang amat penting untuk rakyat memilih dan menentukan siapa yang bakal memimpin kita nanti. Yang akan membawa kita semua kepada satu tamadun yang dikatakan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Apakah definasi demokrasi :
Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka istilah DEMOKRASI ialah : (démokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;

Dalam wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas istilah demokrasi di ertikan sebagai :

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

Apa yang hendak diperkatakan lagi... kalau sah Malaysia ini negara Demokrasi lagi Islam Hadhari, kenapa parti politik lain yang bertanding dalam pilihanraya tidak diberi persamaan dalam hak-hak mereka untuk bersuara atau sebagainya seperti yang sepatutnya. Kenapa rakyat tidak diberi peluang untuk mendengar hujah atau apa-apa yang hendak disampaikan oleh parti politik yang bertanding agar rakyat dapat memilih pemimpin mana yang terbaik dan mana yang terburuk untuk menerajui negara. Kalau pun diberi, ianya disekat-sekat, dipinda-pinda rakamannya dan sebagainya supaya nampak buruk sangat parti politik yang lain. Itu pun parti yang dikatakan elit, kuat tapi masih takut lagi.

Kalau betul-betul anak jantan, tunjuk kejantanannya. Sama-sama beradu tenaga dengan adil lagi saksama. Atas platform yang sama rata. Jangan jadi parti bacul, mengikat semua kaki tangan, menutup mulut, mata dan telinga parti lawan kemudian hentam habis-habisan. Adooiiiii... nampak sangat penakut dan lemahnya parti yang memerintah. Dah 50 tahun, masih takut kepada kekalahan dan rakus kepada kekayaan.