Thursday, February 21, 2008

RAMALAN TERSASAR


Ramalan yang dibuat oleh MTD N23 sedikit tersasar apabila Dato' Nadzri dicalonkan semula, selepas diisytiharkan oleh Tajol Rosli semalam. Terdapat beberapa nama di dalam kajian tersebut diantaranya ialah Pengetua Pusat Al-Baraqah Ust Kazim Alias, kerana beliaulah yang selayaknya di antara finalis yang mampu untuk bertanding dengan Imam Zulkarnaini di kerusi DUN Manjoi.

Ini bermakna UMNO memang sudah ketandusan calon untuk diketengahkan walaupun Dato' Nadzri memang tiada tempat lagi di hati rakyat khususnya di DUN Manjoi. Melalui responden umum yang dilakukan oleh beberapa orang sukarelawan, sekitar 2,000 orang penduduk sekitar DUN Manjoi rata-rata mereka tidak kenal dengan wakil rakyat mereka dan amat kecewa dengannya.