Wednesday, February 13, 2008

ImamZul Sehari Bersama Warga Manjoi





ImamZul bertemu dengan warga Manjoi dan menyerahkan sumbangan kepada fakir miskin di sekitar Kg. Manjoi. Ini adalah sebahagian kecil sumbangan berupa kebajikan yang dilakukan oleh PAS DUN Manjoi kepada penduduk sekitar.

Beliau juga turut meluangkan masa untuk bersama-sama menyelami masalah peniaga-peniaga di pasar Kg. Sg. Tapah. Apakah yang akan berlaku sekiranya Pasaraya Maiden dibuka nanti. Adakah peniaga-peniaga runcit disekitar kawasan Manjoi akan dapat bertahan dan berlawan harga dengan pasaraya Miaden yang kita semua tahu menjual barangan dengan harga yang jauh lebih murah. Tunggu dan lihat kesannya.