Agak hairan juga dengan apa yang digelar manusia ini. Tetapi fenomena zaman ini tidak memungkin ini satu perkara yang menghairankan. Lihat dalam skop kita sebagai seorang yang beragama Islam dalam skop Malaysia sahaja. Al-Quran bagi orang Islam adalah satu kitab suci, agung, kitab rujukan yang amat dihormati lagi disanjungi. Kita amat marah sekali sekiranya Kitab Al-Quran ini di letak merata-rata dan bukan pada tempatnya yang sesuai dengan tarafnya sebagai kitab yang agung.
Sebagai mereka yang mengaku beragama Islam, segala suruhan dan larangan atau apa-apa jua tuntutan didalam Kitab Al-Quran akan kita patuhi dengan keyakinan yang tinggi dan tulus ikhlas tanpa sebarang bantahan. Itu sewajibnya.
Yang nak dikatakan hairan tu, ada golongan mereka yang mengaku beragama Islam ini tidak yakin akan apa yang ada termaktub didalam Al-Quran itu dapat menjadikan manusia lebih bertamadun, lebih maju kehadapan, lebih baik dalam segalanya yang mencakupi perjalanan seharian kehidupan manusia. Yang menjunjung Al-Quran dihina.. dikatakan tidak mahukan kemajuan, pembangunan dan akan menjadi lebih jumud. Hmmmm..... bersambung..