Wednesday, February 20, 2008

KALAU IYA PUN.. MALU LA SIKIT



Gambar di atas hanyalah sekadar gambar hiasan.
Apa yang tak kenanya pada saudara kita ni yang segak berpakaian Melayu, pada gambar hiasan diatas ini.
Bukan nak buruk sangka tapi kalau iya pun si saudara kita nie nak tukar duit raya ke... nak tanya jalan ke.. atau apa-apa ke (atas perkara yang baik-baik sahaja).. setidak-tidaknya... carilah tempat yang lebih sesuai dengan imej yang kita bawa tu. Kalau tak malu kat Allah pun, malu la sikit kat manusia yang melihat gelagat kita. Cara berpakaian tak salah, malah nampak segak. Samada niat dia baik atau pun tidak, kita tak tahu. Hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui apa sebenarnya yang tersirat disebalik gambar hiasan diatas.

Begitu juga dengan halnya tentang mereka-mereka yang hendak memperjuangkan atau menegakkan agama Islam agar dapat dijadikan perundangan negara atau pun rujukan dalam setiap aspek kehidupan kita. Janganlah mereka-mereka ini ditentang selagi apa yang hendak dibuat itu tidak berlawanan dengan Al-Quran dan As-Sunnah - dua sumber rujukan yang terbesar. Malu la sikit kepada mereka-mereka yang menentang perjuangan Islam ini, walhal kita ni sah agamanya agama Islam.

ADA SESIAPA NAK JAWAB?