Friday, February 22, 2008

DIMANA LETAK DEMOKRASI DAN ISLAM HADHARINYA..???

Gambar sekadar hiasan sahaja
Dalam negara yang dikatakan mengamalkan dasar DEMOKRASI lagi ISLAM HADHARI.. tapi itukah hakikatnya di Malaysia ini? Kita ambil skop pilihanraya di Malaysia, yang amat penting untuk rakyat memilih dan menentukan siapa yang bakal memimpin kita nanti. Yang akan membawa kita semua kepada satu tamadun yang dikatakan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Apakah definasi demokrasi :
Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka istilah DEMOKRASI ialah : (démokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;

Dalam wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas istilah demokrasi di ertikan sebagai :

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

Apa yang hendak diperkatakan lagi... kalau sah Malaysia ini negara Demokrasi lagi Islam Hadhari, kenapa parti politik lain yang bertanding dalam pilihanraya tidak diberi persamaan dalam hak-hak mereka untuk bersuara atau sebagainya seperti yang sepatutnya. Kenapa rakyat tidak diberi peluang untuk mendengar hujah atau apa-apa yang hendak disampaikan oleh parti politik yang bertanding agar rakyat dapat memilih pemimpin mana yang terbaik dan mana yang terburuk untuk menerajui negara. Kalau pun diberi, ianya disekat-sekat, dipinda-pinda rakamannya dan sebagainya supaya nampak buruk sangat parti politik yang lain. Itu pun parti yang dikatakan elit, kuat tapi masih takut lagi.

Kalau betul-betul anak jantan, tunjuk kejantanannya. Sama-sama beradu tenaga dengan adil lagi saksama. Atas platform yang sama rata. Jangan jadi parti bacul, mengikat semua kaki tangan, menutup mulut, mata dan telinga parti lawan kemudian hentam habis-habisan. Adooiiiii... nampak sangat penakut dan lemahnya parti yang memerintah. Dah 50 tahun, masih takut kepada kekalahan dan rakus kepada kekayaan.

Thursday, February 21, 2008

RAMALAN TERSASAR


Ramalan yang dibuat oleh MTD N23 sedikit tersasar apabila Dato' Nadzri dicalonkan semula, selepas diisytiharkan oleh Tajol Rosli semalam. Terdapat beberapa nama di dalam kajian tersebut diantaranya ialah Pengetua Pusat Al-Baraqah Ust Kazim Alias, kerana beliaulah yang selayaknya di antara finalis yang mampu untuk bertanding dengan Imam Zulkarnaini di kerusi DUN Manjoi.

Ini bermakna UMNO memang sudah ketandusan calon untuk diketengahkan walaupun Dato' Nadzri memang tiada tempat lagi di hati rakyat khususnya di DUN Manjoi. Melalui responden umum yang dilakukan oleh beberapa orang sukarelawan, sekitar 2,000 orang penduduk sekitar DUN Manjoi rata-rata mereka tidak kenal dengan wakil rakyat mereka dan amat kecewa dengannya.

AGENDA PERARAKAN CALON PAS & PKR PRU-12

A'salamualaikum wrkth & Salam Sejahtera

Dimaklumkan para netters sekalian berikut, adalah agenda perarakan calon PAS & PKR PRU-12 nanti :

Tarikh : 24 Februari 2008 (Ahad)

7.30 pg. - Berhimpun di Masjid Al-Muttaqin Tmn Meru - Solat Hajat (bagi yang muslim)
8.00 pg. - Perarakan calon bermula dan menuju ke ILP Jelapang - Proses penamaan calon.
1.00 tgh. - Bersurai


Di minta hebahkan kepada penyokong dan pendokong PAS & PKR, kekalkan sifat yang baik selama ini , tidak membuat sebarang provokatif atau membawa barang-barang yang merbahaya dan terlarang. Sekiranya ada yang cuba membuat sesuatu yang boleh mencetuskan sebarang permasalahan, sila lapor kepada Unit Amal yang ada untuk diambil tindakan. Perhatikaan gerak-geri serta tingkah laku SB yang mungkin menyelinap masuk ke dalam kumpulan kita.
TAKBIR...!!!

BERJAYANYA PAS DALAM DAKWAH


Bukan shj Dr Choi, 'si Melayu' pun terkeluar juga dari senarai calon, PAS BERJAYA LAGI

Wednesday, February 20, 2008

KALAU IYA PUN.. MALU LA SIKIT



Gambar di atas hanyalah sekadar gambar hiasan.
Apa yang tak kenanya pada saudara kita ni yang segak berpakaian Melayu, pada gambar hiasan diatas ini.
Bukan nak buruk sangka tapi kalau iya pun si saudara kita nie nak tukar duit raya ke... nak tanya jalan ke.. atau apa-apa ke (atas perkara yang baik-baik sahaja).. setidak-tidaknya... carilah tempat yang lebih sesuai dengan imej yang kita bawa tu. Kalau tak malu kat Allah pun, malu la sikit kat manusia yang melihat gelagat kita. Cara berpakaian tak salah, malah nampak segak. Samada niat dia baik atau pun tidak, kita tak tahu. Hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui apa sebenarnya yang tersirat disebalik gambar hiasan diatas.

Begitu juga dengan halnya tentang mereka-mereka yang hendak memperjuangkan atau menegakkan agama Islam agar dapat dijadikan perundangan negara atau pun rujukan dalam setiap aspek kehidupan kita. Janganlah mereka-mereka ini ditentang selagi apa yang hendak dibuat itu tidak berlawanan dengan Al-Quran dan As-Sunnah - dua sumber rujukan yang terbesar. Malu la sikit kepada mereka-mereka yang menentang perjuangan Islam ini, walhal kita ni sah agamanya agama Islam.

ADA SESIAPA NAK JAWAB?

MIND

MIND, NEVER MIND, MIND YOUR STEP. MIND YOUR .....MIND,
BOLEH MAIN, BUT JANGAN MAIN-MAIN & LOSE YOUR MIND!
See the Latest on the Mind Boggling!


EINSTEIN IS KNOWN FOR HIS GENIUS MIND

NEWTON FOR HIS EXTRAORDINARY MIND

BILL GATES FOR A BRILLIANT MIND

TUN M AS THE MASTERMIND

ABDUL.. BAD.. ???? NEVER MIND

MR. SAM VELU HMMMM????? ALL IS MINE

LATEST ......
WHEN SHE LIFT UP HER SKIRT, I LOST MY MIND
SAID HEALTH MINISTER DR. CHUA SOI LEK

BILIK GERAKAN BN CURI AIR RAKYAT



Kelihatan pekerja LAP membuka penutup tangki yang dijadikan penghadang bagi menutup kerja-kerja mencuri air di bilik gerakan BN Medan Klebang Restu. Menurut pekerja LAP tersebut, ini amat memalukan. Tapi bagi BN, ini adalah perkara biasa, kerja-kerja mencuri bukan setakat air, malah merompak wang rakyat.... itu semua perkara biasa dalam BN. Malaysia Boleh, BN lagi la BOLEH....

Monday, February 18, 2008

Fikir & Rilek 2

Fikir & Rilek 1

KEMERIAHAN & KEHANGATAN


Kemeriahan & Kehangatan PRU-12 semakin terasa bahangnya apabila semua parti politik yang akan bertanding sudah mula menaikkan bendera dan sepandok masing-masing.

"Pilihanraya ini kalau nak dikirakan menang berdasarkan bendera, BN akan menang tetapi kalau berdasarkan matlamat dan halatuju saya yakin PAS akan menang, jadi orang Manjoi kena berfikiran waras dan gunakan ilmu yang kita belajar selama hari ini.." kata Hj Hamid, seorang peniaga di sekitar Kg Manjoi ini.

"Maklumat juga penting. Banyak maklumat dirahsiakan kepada rakyat tentang segala macam kepincangan yang berlaku masa kini. Orang yang terdedah kepada banyak maklumat ini sahaja yang dapat menilai baik buruk. Kemudian gunakan fikiran yang waras dan ilmu yang ada untuk menilainya dengan lebih mendalam lagi".tambah beliau.

Ini terbukti benar apabila pengundi di kawasan bandar di Sabah pada pilihanraya yang lalu telah dimenangi oleh pembangkang sebanyak 9 kerusi yang kebanyakkan mereka ini terdedah kepada maklumat yang diperolehi melalui internet dan juga media massa yang lain. Bagi penduduk luar bandar, maklumat yang diperolehi hanyalah melalui tv atau radio sahaja yang banyak memihak kepada kerajaan pimpinan BN. Inikah dia pemerintahan demokrasi lagi Islam Hadhari..???? Wallahualam

Sunday, February 17, 2008

MASALAH BIASA DALAM BN




Sebaran surat layang kerana lewat dibayar upah memang sudah menjadi tradisi kepada petugas BN yang mengambil upah memasang bendera dan menjadi petugas di bilik gerakan setiap kali musim pilihanraya . Melalui surat layang yang terbaru ini, kedengaran pembayaran RM15,000 untuk setiap bilik gerakan telah dibuat kepada ketua mereka tetapi agihan tidak dilakukan. Ini telah menimbulkan rasa hampa kepada petugas-petugas BN tentang janji yang dibuat. Biasa la tu... BN Bolehhhh...

PEMIMPIN BESAR ISLAM HADHARI BENARKAN MURTAD?


Klik dua kali pada gambar untuk membesarkannya. Samada berita ini benar ataupun tidak, wallahualam. Anda sendiri menilainya dan buatlah kaji selidik mengenainya.

Walau apapun.. bagaimana sekiranya berita ini benar? Anda fikir-fikirkanlah.. kesan dan risiko bakal pimpinan yang sebeginikah yang bakal anda pilih nanti untuk memimpin negara..????
Timbang-timbanglah lagi....

Saturday, February 16, 2008

LAKUKAN PERUBAHAN - ISLAM UNTUK SEMUA


Agak hairan juga dengan apa yang digelar manusia ini. Tetapi fenomena zaman ini tidak memungkin ini satu perkara yang menghairankan. Lihat dalam skop kita sebagai seorang yang beragama Islam dalam skop Malaysia sahaja. Al-Quran bagi orang Islam adalah satu kitab suci, agung, kitab rujukan yang amat dihormati lagi disanjungi. Kita amat marah sekali sekiranya Kitab Al-Quran ini di letak merata-rata dan bukan pada tempatnya yang sesuai dengan tarafnya sebagai kitab yang agung.

Sebagai mereka yang mengaku beragama Islam, segala suruhan dan larangan atau apa-apa jua tuntutan didalam Kitab Al-Quran akan kita patuhi dengan keyakinan yang tinggi dan tulus ikhlas tanpa sebarang bantahan. Itu sewajibnya.

Yang nak dikatakan hairan tu, ada golongan mereka yang mengaku beragama Islam ini tidak yakin akan apa yang ada termaktub didalam Al-Quran itu dapat menjadikan manusia lebih bertamadun, lebih maju kehadapan, lebih baik dalam segalanya yang mencakupi perjalanan seharian kehidupan manusia. Yang menjunjung Al-Quran dihina.. dikatakan tidak mahukan kemajuan, pembangunan dan akan menjadi lebih jumud. Hmmmm..... bersambung..


Friday, February 15, 2008

Makan Malam Dengan Kaum Tioghua Kg Kuala Kuang



Di antara penduduk-penduduk Kg. Kuala Kuang yang hadir dalam majlis makan malam sempena Sambutan Tahun Baru Cina, rombongan Imam Zul di sambut dengan tarian singa oleh pemuda-pemuda kampung tersebut.

Kawasan Kuala Kuang adalah antara salah satu kawasan kubu kuat BA pada pilihanraya yang lalu dalam Parlimen Tambun.

BAHAYA NIE


Bahaya bendera nie...

Thursday, February 14, 2008

Perasmian Blog ImamZul

Dalam Ijtima' Bulanan PAS kawasan Tambun semalam, yang dihadiri oleh hampir 200 org ahli PAS, satu majlis perasmian laman blog iaitu www.imamzul.blogspot.com telah disempurnakan oleh beliau sendiri.

Sebelum itu satu penerangan telah disampaikan oleh Ketua Moderator pembikinan blog tersebutyang melibatkan beberapa orang sukarelawan yang berada di seluruh negara, mereka adalah terdiri dari anak-anak tempatan yang tinggal di luar Perak yang turut menyumbangkan peranan untuk memenangkan PAS di DUN Manjoi ini khususnya. Allah Hu Akhbar

Wednesday, February 13, 2008

Dihormati Kawan Dan Lawan




Semasa lawatan Imam Zul di sekitar Kg. Manjoi, kebetulan satu program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Tambun diadakan di situ. Dalam kesempatan itu Imamzul telah berjumpa dengan para hadiran yang terdiri dari ketua-ketua kampung dan ketua-ketua cawangan UMNO. Perjumpaan yang singkat dan tidak disangka-sangka ini telah sedikit sebanyak menambat perasaan mesra dikalangan hadirin.

Imamzul amat dihormati oleh kawan & lawan, beliau dianggap oleh YB Nazri sebagai 'Tok Gurunya', Dengan sifat yang waraq yang ada pada beliau, Imamzul sangat disenangi oleh sesiapa jua samada yang tua mahupun yang muda.

Imamzul adalah Bekas Imam Besar Masjid Negeri Perak dan Tokoh Imam Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak tahun 1423/2002, jiwa dan kefahaman Islam yang kukuh dan mantap akan berjaya membawa masyarakat dari ruang kejahilan dan kegelapan kepada umat yang mentaati akan segala perintah Allah S.W.T.

ImamZul Sehari Bersama Warga Manjoi





ImamZul bertemu dengan warga Manjoi dan menyerahkan sumbangan kepada fakir miskin di sekitar Kg. Manjoi. Ini adalah sebahagian kecil sumbangan berupa kebajikan yang dilakukan oleh PAS DUN Manjoi kepada penduduk sekitar.

Beliau juga turut meluangkan masa untuk bersama-sama menyelami masalah peniaga-peniaga di pasar Kg. Sg. Tapah. Apakah yang akan berlaku sekiranya Pasaraya Maiden dibuka nanti. Adakah peniaga-peniaga runcit disekitar kawasan Manjoi akan dapat bertahan dan berlawan harga dengan pasaraya Miaden yang kita semua tahu menjual barangan dengan harga yang jauh lebih murah. Tunggu dan lihat kesannya.

Ziarah Wad Bersalin



Menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada ibu-ibu di wad bersalin Hospital Besar Ipoh. Imam Zul juga turut menyampaikan sedikit tazkirah tentang betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh ibu dan juga kedudukan seorang ibu dalam Islam.

Selamat Menyambut Kelahiran Orang Baru. Allah Hu Akhbar...

Wednesday, February 6, 2008

LAWATAN KEMATIAN PENYOKONG BA



Kuala Kuang 3 Feb : AJK MTD PAS Kawasan Tambun & Parti Keadilan telah melawat keluarga Mr Tan di atas kematian abangnya. Semua warga kerja BA mengucapan takziah buat keluarga Mr Tan atas pemergian insan tersayang.